Thursday, November 12, 2009
Membaca yang terbuku (I)
“BERAKHIRKAH EMPAYAR BN?
Semasa saya menulis bab ini, UMNO dan PAS sibuk mengadakan muzakarah atau mukabalah untuk mencari titik persamaan antara kedua-dua parti Melayu itu, kerana impak keputusan PRU ke-12 amat hebat kepada orang Melayu tidak kira mereka itu pengikut PAS atau UMNO ataupun PKR. Pada mulanya, penulis meramalkan akan ada suatu persefahaman sama seperti yang pernah berlaku pada tahun 1974 dulu, di mana PAS menanggotai BN, hinggalah parti itu keluar BN pada akhir 1977. Namun, ramalan penulis agak meleset kerana PAS dan UMNO tidak mencapai persefahaman untuk mengadakan kerajaan campuran di Perak apabila Tan Sri Tajol Rosli, bekas MB Perak untuk menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan PAS gagal, walaupun MB Perak dikekalkan kepada PAS. Meskipun demikian, mukabalah atau muzakarah antara UMNO dengan PAS diteruskan juga yang meliputi bidang-bidang kepentingan bersama orang Melayu khasnya dan Malaysia amnya. Walau bagaimanapun, bab ini akan menumpukan kepada analisis keputusan PRU ke -12, khususnya negeri-negri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP. ”
Ahmad Atory Hussain, Politik Melayu Di Persimpangan, Suatu Analisis Pilihan Raya Umum. Bab 6 halaman 110 – 111, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2008.
Bagi saya, kata kunci, key words atau lebih tepat ungkapan-ungkapan kunci petikan di atas ialah:
“Empayar, Parti Melayu, kepentingan bersama orang Melayu, impak amat hebat kepada orang Melayu, kesefahaman untuk mengadakan kerajaan campuran, ramalan penulis meleset...”
Kalaulah petikan ini diberikan kepada para pelajar kita (tidak kiralah sama ada mereka di sekolah menengah atau pun universiti; dalam maupun luar negeri) agaknya apakah, bagaimanakah, kenapakah para pelajar kita ini membaca petikan di atas?
Dan kalaulah kita kemukakan soalan yang sama kepada para penyokong PAS, agaknya apakah bentuk jawapan yang akan kita terima? Apakah jawapannya para penyokong akar umbi Pas mencerminkan falsafah perjuangan PAS?
Adakah pemikiran begini bermanfaat demi untuk membina negara yang kita idam-idamkan itu?
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment