Monday, January 31, 2011

Adik lebih mengerti

... pun mampu memahaminya

Kami masih ingat semasa mula berkenalan dengannya.  Dia kabur@cabut lari setiap kali kami sekeluarga memasuki perkarangan rumah ibuku di Sungai Petani, Kedah.  

Payah juga untuk berdepan, berbicara apatah lagi mengelus-elusnya. 

Hari ini, “Adik” ― demikianlah namanya,  tidak lagi gentar untuk bersama.  Pagi tadi dia sedang nyenyak di atas tv tua milik ibu tatkala ia kubangunkan untuk memotret.

Bayangkan Adik pun memahaminya persekitarannya.
 
ii.
 
Orang politik ― pemimpin nasional negara kita boleh berlagak begitu benak, angkuh dan bodoh lagi sombong...

Wahai negaraku yang tercinta...