Wednesday, December 21, 2011

Butang terakhir

Sang Pemimpin


Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/settle-islamic-state-issue-now-says-hasan-ali/

The problem with Dr Hassan is clear. He has never been with the Islamic movement which is flexible in facing the process of change in human and worldly affairs, including politics. Hassan was an outsider when he joined PAS after the sacking of Anwar Ibrahim and PAS people; simple minded and naive catapulted him to a high position in the party. He should undergo the rite d passage expected of every leader. Look at Ikhwan in Egypt, an-Nahdah in Tunia and AKP in Turkey they play smart politics. Not narrow-minded leaders like Hassan Ali and his other equally naive supporters in PAS, including Nik Aziz's son who knows nothing of politics (not like his father) and PAS's Youth leader, Nasaruddin will not be able to bring PAS to greater height.

Hassan is now fighting for his political survival and in doing so he will bring out what ever issue that will that will 'strengthen' and 'endear' him to certain segments in the party. One such issue is the concept of 'Islamic state'. Pity PAS. Please don’t allow him to destroy the party but with ultra-conservatives like Harun Din, Harun Taib and Nasaruddin around the party is doomed to failure and I think forget about winning PRU 13. The top leadership of the party must be united, brave and decisive in their action. Please move fast. Don’t follow Najib. He doesn’t dare to take action against Shahrizat. That is a weak leader!

Professor UM

2.

Petikan di atas menunjukkan bagaimana media baru menyediakan peluang kepada rakyat sesebuah negara itu berkongsi maklumat dan pandangan. Sesiapa saja yang mempunyai pandangan, pendapat atau pun kritikan dengan mudah dapat membentangkan pandangannya untuk dikongsi oleh khalayak. Setelah itu terserah kepada para pembaca untuk membentuk tanggapan masing-masing.

Sebagai contoh untuk kes-kes tertentu, berprofil tinggi seperti Sodomi II atau pun siri pembohongan Kutty semasa berkuasa ― tindak balas pembaca kelihatannya sangat suam. Pembaca seolah-olah sudah tidak peduli lagi apa yang mahu mereka perlakukan kepada DSAI. Seolah-olah mereka berkata, “Buatlah sesuka hatimu mengikut nafsumu!” Mereka, para pembaca juga seolah-olah tidak peduli lagi bagaimana seorang manusia itu ketika berkuasa, membohongi rakyat dengan sesuka hatinya. Hari ini, saban harinya mereka terus juga melihat bagaimana manusia ini terus beraksi ― seolah-olah tidak ada yang luar biasa yang dilakukannya semasa dia berkuasa dulu.

Sebenarnya para pembaca menanti saat-saat untuk menghukum dengan sekeras-keras hukuman. Dalam konteks ini, ramai yang menunggu PRU 13 untuk menjatuhkan pancungan masing-masing. Ya, sesungguhnya ramai yang tidak sekadar menunggu ― mereka telah, sedang dan akan terus bangkit dalam pelbagai bentuk penentangan TOTAL. Mereka bukan lagi menunggu dan menunggu. Mereka tidak hanya menunggu saat belakang unta itu patah dan untanya punah. Mereka bergerak dan menunggu untuk menghukum dengan seberat-berat hukuman.
3.

Apakah kaitannya petikan di atas dengan tanggapan rakyat? Petikan menunjukkan bagaimana hering merah itu, that red herring itu menyusun, merancang dan menggerakkan tindakannya supaya terus terselamat. Hering merah yang memiliki pelbagai kelebihan-kelainan itu dikelilingi oleh pelbagai jentera dan aparat seperti APCO serta mereka yang amat berkepentingan kerana sentiasa menerima pelbagai habuan. Yang berkepentingan ini bakal ditimpa nasib celaka jika hering merah ini punah sebelum dapat bertelur lagi. Oleh itu segala yang berkepentingan ini tidak boleh sekadar berpeluk tubuh saja.

Kerja hering merah ialah untuk mengalih dan menebat segala kekuatan musuh yang semakin hari semakin berani dan semakin gagah menerkam itu. Dan kerja untuk mengalihkan dan melumpuhkan kekuatan musuh ini mestilah disegerakan. Untuk itu ia perlukan senjata pemusnah yang lebih canggih. Dan bagi Sang Penguasa, senjata itu telahpun diperolehinya dengan tepat dan jitu sekali. Orang bercita-cita besar tapi kecewa lalu berang adalah senjata yang cukup berguna.

4.

Akhir sekali sebagai penutup: Apakah mesej yang tersurat dan tersirat dalam petikan di atas?

Kita tentu dapat perhatikan hujah dan isi utama yang disentuh oleh pembaca yang menamakan dirinya sebagai Professor UM ini.

Sila perhatikan perbandingan (Ikhwan, an-Nahdah dan AKP) serta ungkapan yang digunakannya bila menulis tentang Pas dan para pejuangnya (simple minded and naive catapulted him dan juga equally naive supporters in PAS)

Ramai yang mungkin tidak begitu bersetuju dengan pandangan-pandangan seperti ini. Mungkin ramai yang berpendapat ini hanyalah pandangan orang yang tidak begitu kenal dunia politik. Tidaklah mengapa jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan yang seumpama ini. Namun harapan kita, mohon renungilah pandangan Professor UM ini, setidak-tidaknya sebagai maklum balas seorang rakyat yang mahu menghumban Umno.


5.

Sesungguhnya episod Hassan Ali ini bukanlah sesuatu yang terlalu luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam sejarah perjuangan Pas. Satu waktu dulu, ramai pemimpin Pas sedia ada telah berdepan misalnya dengan kes Nakhaei.

Dalam episod ini yang menyedihkan kita ialah nasib para pejuang Pas Johor yang bertungkus lumus mahu mencacat sejarah bermakna di kubu kuat Umno itu. Dan orang-orang Johor yang tidak pernah merasakan kepimpinan yang lain selain daripada Umno juga ditimpa oleh musibah ini. Kita harap dan berdoa mereka tidak akan patah semangat.

Bagaimanakah kita bertempik lantang tentang himpunan ummah dan perjuangan jika kita menjadi batang parang ― buat menebang sebuah Harakah?

No comments: