Sumber: http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=28779
“Namun jika
hasil kajian itu didapati tahaluf siasi yang telah berlangsung empat tahun
lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam
yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan
Islam yang didokong oleh Pas maka haram tahaluf itu diteruskan.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Pas”
Ketua Pemuda Pas”
Petikan di atas menarik jika direnungi agak mendalam. Ia membuat kita bersoal jawab dalam diri ― semacam satu
dialog dalaman. Namun ada seorang Ustaz yang
berpesan supaya jangan dibuat hipotesis dalam persoalan atau soal-soal beragama.
Kata Utaz ini lagi, ada orang yang sengaja mereka-reka soalan-soalan
semata-mata untuk dijadikan mental exercise.
Soalan-soalan yang dikemukakan bukanlah contoh-contoh persoalan yang benar-benar
berlaku di alam yang nyata. Lalu guru
agama yang satu ketika dulu amat laris ceramahnya di Utara itu memberikan
amaran; berdosa jika dibuat-buat atau pun direka-reka persoalan dan soalan. Kita berharap senarai soalan di bawah ini
tidak dikategorikan sebagai berbuat dosa kering kerana sebenarnya ia lebih menjurus
kepada persoalan pengurusan organisasi dan berorganisasi. Kebetulan organisasinya ialah PAS.
Nah, ini senarai
soalan contoh untuk renungan team kajian tahaluf siasi
1) Kenapakah tahaluf siasi itu tidak menepati syarat-syarat yang telah
digariskan oleh para ulama Islam yang muktabar?
a) Adakah ia tidak menepati kehendak Islam kerana terdapat perkara-perkara
tertentu berhubung tahaluf siasi baru saja dikenalpasti tidak mematuhi lunas-lunas
Islamik@tidak Islamik?
b) Atau apakah ketidakpatuhan ini hanya disedari setelah atau semasa empat
tahun bertahaluf siasi?
c) Atau adakah pasukan ulamak muktabar yang telah menggubalkan syarat-syarat
sepertimana yang digariskan oleh Islam itu telah terlepas pandang aspek-aspek tertentu
sehingga tahaluf siasi asal itu tidak begitu tepat dan oleh kerana itu ia mestilah
diperbetulkan?
2) Siapakah yang menyediakan kriteria pematuhan syarat dan kehendak Islam
dalam bertahaluf siasi bersama Pakatan Rakyat empat tahun yang lalu itu?
3) Siapakah yang memantau pelaksanaan tahaluf siasi agar ia mematuhi
kehendak-kehendak Islam?
4) Siapakah yang bertanggungjawab untuk memberikan amaran kepada parti
bahawa dalam bertahaluf siasi sudah ada aspek-aspek tertentu hukum hakam Islam telah
dilanggari?
5) Setelah dimaklumkan tentang pelanggaran-pelanggaran ini, apakah yang telah dilakukan oleh parti untuk
membetulkan pelanggaran itu?
6) Siapakah juruauditnya yang akan mengaudit pematuhan segala syarat dan
kehendak Islam dalam bertahaluf siasi ini?
Adakah tugas ini akan dilaksanakan oleh juruaudit dalaman atau terdapat juruaudit
luar yang turut terlibat?
Semoga soalan-soalan bermanfaat untuk direnungi. Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment