Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Jadi penghuni rumah kaput?



mahu jadi penghuni rumah politik
kaput?



kau mengajak aku ke sana?
menemanimu ke rumah itu?
ikut kamu sebagai penghuni rumah itu?
apa kau sudah gila?



rumah itu pun telah nyata kaput.
lantai, bumbung, dinding, atap
malah ― S-E-L-U-R-U-H
rumah politik itu dimamah
gerogot anai-anai.
ia telah runtuh zahir batin.



YA, kufaham fisikal yang kaput bisa saja kau perbaiki
apakah kau bisa betulkan SEGALA
otak dan ‘otak-otak’ pemilik dan segala penghuni yang
nyata sekali berengsek dan
kaput itu?



KAU sudah tidak waras
kerana lantang sekali berkata ‘YA!’
kau mau bersama Sang Kaput total itu.
kerana itulah rumah Melayu-Islam?
silakan, teruskan
aku pindah rumah.



kassim muhamad
7 mac 2015.


{kaput (1) utterly finished, defeated, or destroyed; (2) unable to function (3) hopelessly outmoded}


Friday, March 6, 2015

Pendakwah, pelawak, perebut mahkota?






pelawak mahkota


pertandingan adalah perlumbaan,
katanya ia juga sebuah penentuan;
apa bukan ia komedi tragedi
tentang siapa paling duluan
ke garis penamat?
betapa aneh, episod rebut, letak
dan junjung
mahkota ke ubun-ubun    
adalah pesta nobat sang jaguh,
puncak penyudah sebuah perlumbaan.  

dakwah itu benih. amanat yang seru, pujuk rayu kebaikan,
akarnya niat dan hasrat, pohonnya bercambah tumbuhbesar
mengufik-rentang segala relung, seluruh rantau
zahir batin segala insan
adalah nikmat perjuangan tak terkatakan;
memang benar,  ia bukan sekadar mainan angka
menghitung, menabung tokok dan tambah
berapa dan apakah meningkat angka sebuah ummah.

melihat segala rencam caci maki, sumpah seranah bertamburan dilempar jaja
dan anjing-anjing kurap di laman pun pada tunduk malu, lantas cawat ekornya
apakah benar kalian itu pendakwah
atau kaliankah pelawak pandir maha tolol, perebut mahkota?
makanya bukankah kalian itu
makhluk Islami maha aneh
jadinya, akhirnya?


kassim muhamad
wangsa maju.
6 March 2015.

Friday, October 17, 2014

Aku seadanya











telah kuapakan paruhku?


bila agaknya terakhir kali
tersurat, tersirat
kubentang kitab amal relung diri
kuhitung bintik noda langit nurani;
segala bidikan sakti,  keramat indera
bila?

apa pernah, biarpun sekali cuma
kuperkasa seluruh pancaindera
maka mata pun jinak mendengar
telinga pada betah melihat
tangan kian leka menghidu
pernahkah,  aku?

wahai belahan jiwaku, indera berangkai
wahai lidah, mata-telinga-hidung, tangan   
tatkala menyeberang kita padang yang Pasti  
apa bakal terdaya kita, berhujah selayaknya
seperti burung kerdil zaman Ibrahim?
“ini paruhku, inilah upayaku
memadam api nun menggila
terimalah wahai, Rabb
inilah jariahku, seadanya.”


kassim muhamad
wangsa maju
30 Januari 2009   







  

Thursday, September 25, 2014

Gohed gostan U turn






gohed gostan U turn  


jangan tanya kenapa mereka berlari
amat-amati cara kencingmu sendiri
dan segala siapa kau kencingi.

jangan tanya mengapa mereka apatis-sinis
semaklah teliti caramu gohed, gostan U turn
dan segala mereka kau permainkan.  

jangan kau syarah Islam itu syumul
renungi ayat-ayat telah kau hamburkan  
apa tiada tingkah-tingkahmu yang jelaga?


wangsa maju
25 september 2014.



Monday, July 28, 2014

Khutbahmu





khutbahmu itu


khutbahmu tentang sebuah diri tanpa calar
adalah hakikat.  Demikian katamu ― terimalah.   

hantu menantu.  Menantu hantu    
bergentayangan ― sendawara siapa ― lalu bagaimana?

khutbahmu haru dan biru
Tok Guru, kami keliru.


kuala lumpur
28 julai 2014.


Sunday, March 10, 2013

Ignorance of the Wise





“Modern Urdu Poetry” selected and translated by Mahmood Jamal.  First published by Penguin Books 1986.

Di halaman 152, kita temui “Ignorance of the Wise” karya Iftikhar Arif:


Ignorance of the Wise


What does the jeweller know
What kind of flowers grow
In which soil
What kind of fragrance dwells
In which flowers?
What does the jeweller know?
He lives his life amongst stones
Amongst greedy merchants
What does the jeweller know!


2.

Dalam suasana dan konteks kita, para pelaku dalam tiga baris terakhir merupa menjadi:  

“jeweller” merupa menjadi “Sang Penguasa”,
“stones” sebenarnya “bini dan anak pinak” dan
“merchants” adalah “kroni”.