Perlukah diukur?
(To measure or
not to measure?)
Mahu cari cara
mengukur sesuatu yang tidak ketara (intangibles)?
Sebuah peribahasa Melayu yang berbunyi “ukur baju di badan sendiri” mungkin boleh
dijadikan petunjuk bagaimana kita melakukannya. Mungkin. Mengikut portal Dewan Bahasa dan Pustaka,
peribahasa ini bermaksud “menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan
perasaan sendiri”. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=badan%20sendiri&d=11
2.0
Adakah kaedah
menggunakan perasaan sendiri cukup baik dan sesuai untuk mengukur pencapaian
sesebuah NGO sastera-budaya seperti Seniman Paksi Rakyat, PAKSI? Agaknya apakah
petunjuk yang dapat digunakan untuk mengukur sejauh manakah Paksi telah
mencapai matlamatnya?
Sebelum itu
ada satu soalan. Sebagai sebuah NGO kenapakah kita bersusah payah mahu mengukur
pencapaian kita? Bukankah lebih penting
jika kita buat apa yang ingin kita buat daripada membuang masa mengukur? Bukankah satu kerja yang tidak begitu
bermanfaat jika kita sibuk dengan ROI (Return
Of Invesment)?
Jadi kenapa
mengukur?
Inilah soalan
yang perlu dijawab sebelum kita mengukur.
Perlukan kita
mengukur ‘kerja buat’ kita?
Persoalan di
atas adalah di antara agenda kami dalam mesyuarat AJK Paksi.
Jika ada dalam
kalangan tuan/puan pembaca yang arif dengan persoalan mengukur yang tidak ketara
(measuring the intangibles), mohon komen.
Kita ingin belajar,