Sunday, May 3, 2009

Mendirikan jambatan budaya atau..?














Mendirikan jambatan budaya atau memperkukuh lagi jambatan yang sewajarnya lama terbina? Demikian dan begitulah ironisnya kita sebagai satu bangsa. Kita yang lebih lima puluh tahun merdeka masih bercakap perihal budaya bangsa yang masih kabur...dan penuh was-was?


Yang jelas kita, sebagai bangsa merdeka masih belum mampu bercakap tentang pandangan kita yang berbeza. Kita masih curiga dan ragu-ragu apabila "orang lain" tidak berkokok seperti kita. Apakah mungkin setiap anak manusia itu "sama dalam segala hal"? Kalau ya, alangkah hambar dan dungunya kehidupan ini.



Maka pada hari Sabtu, 25hb April 2009 jam 3.30 petang bertempat di Restoran Tupai-Tupai telah bertemu teman-teman dari Paksi, Seniman Paksi Rakyat dan sekumpulan "Peminat kebudayaan bangsa Tionghua" untuk berbincang aspek-aspek menarik tentang kepelbagaian kita, rakyat negara ini. Isu-isu budaya, pembinaan bangsa yang merdeka, masalah "jurang pemisahan kaum yang disengajakan kerana fakta dan maklumat yang sengaja diselewengkan" telah diutarakan dan dibincang.



Langkah seterusnya? Semua bersetuju agar kita berkumpul di pentas budaya dengan sesuatu yang tidak dipaksa-paksa sebagai sebuah lagi projek politik yang mahu ditonyoh ke kerongkong rakyat.


Kenapa tidak? Langkah pertama ini langkah bersejarah. Dan kita tidak perlu berpura-pura bahawasanya ada saat-saat tertentu kita memang berbeza...namun kita masih insan merdeka di bumi milikNya.


Wallahuaklam.


2 comments:

Shafiq Firdaus said...

assalamualaikum
sesungguhnya kita teramat bersyukur dengan kehadiran blog ini dan dapat menjana pendapat serta berkongsi rasa sesama kita syukur dan terima kasih

srikuala said...

semoga Allah memberi petunjuk kepada Mr. Phuah dan rakan. Dan perjuangan untuk bersatu dalam erti kata yang sebenar hanya dengan menurut sirah nabi Muhammad SAW