Ya, tikus juga memasang niat.
(Kenapa sasterawan mesti terus menulis)
Membaca, menulis, berceramah, berkempen adalah antara ‘kerja buat’ yang terlibat dalam proses komunikasi. Ada yang bertujuan mengumpul maklumat, ‘memandaikan diri’, berhujah atau mungkin juga sekadar mahu menghulurkan umpan. Tentunya bersebab, kenapa semua proses ini berlaku. Khabarnya sudah bertahun-tahun, setiap keluaran Harakah itu dibuat mikroflemnya oleh pelbagai Kedutaan termasuk tentunya Amerika . Maknanya cerpen ‘Si Pikun’ atau rencana ‘Salman Farisinya’ yang beranak dalam laman maya Azizi Abdullah dan kemudiannya diterbitkan semula oleh Harakah itu akan diperhatikan entah oleh siapa lagi, bila dan bagaimana, kita tidak tahu. Yang jelas ia menjadi rekod tatkala Azizi dan kita semua tentunya berjumpa di sebuah padang yang luas yang sangat sengsara itu.
Azizi yang sasterawan besar sekarang ini tidak sepenting Azizi Abdullah yang takdirnya menang dalam salah satu pilihan raya, lalu diangkat menjadi EXCO yang menjaga sastera. Tatkala itu untuk sesetengah orang, yang namanya Azizi Abdullah itu sangat penting, terlalu penting untuk tidak dicium tangannya.
Setiap kali Dinsman (sekadar contoh, tak ada kena mengenanya dengan yang hidup atau pun yang mati) menggoreskan kad kreditnya untuk membeli belah, sudah direkod di alam maya itu apa yang Dinsman beli, termasuk segalanya yang terlalu peribadi. Kekerapan Dinsman menggunakan kad kreditnya untuk membeli bahan yang terlalu peribadi itu, di mana saja di dunia ini, akan menjadi rekod yang kekal. Rekodnya termaktub dalam kad kredit yang Dinsman telah gunakan. Pada pandangan saya itulah sebabnya kad kredit, sama seperti kad-kad lain menceritakan profil kita, tabiat kita sebagai manusia, sebagai individu. Kita menceritakan perilaku kita melalui cara kita berbelanja.
Semakin tinggi kedudukan kita, semakin penting individu itu sebagai manusia dalam masyarakat. Mawi yang anak Felda tidak sehebat Mawi yang telah lulus akademi, yang memiliki sekian ramai pengikut@peminat pula. Azizi yang sasterawan besar tidak sepenting Azizi yang EXCO menjaga budaya.
Apakah kita terkejut apabila ada yang terjun lalu marah-marah kerana katanya PKR tak boleh dipakai kerana ia sebuah parti tak terpakai.
Ceritanya sama dengan Azizi sasterwan besar dengan Azizi Abdullah yang menjadi EXCO. Manusia mengharapkan kuasa yang ada itu mampu membuat sesuatu.
Lalu apakah tujuannya kita membuat sesuatu itu, misalnya berblog ? Menulis, sama seperti kerja-kerja lain, juga bersebab. Itu pesan orang-orang yang berilmu kepada kita. Kita tidak ‘saja-saja’ apabila melakukan sesuatu itu kerana kata mereka, hidup ini bukan sia-sia. Dalam konteks ini kita diajar untuk membuat sesuatu itu dengan memasang ‘niat’. Kata temannya seorang teman, Jihadi namanya ‘Kalau kita menghadapi sesuatu masalah dalam melaksanakan tugas kita, sila teliti semula niatnya, mungkin ada yang terpesong, nah.. tolong betulkan niat itu’
Kenapakah kita berblog?
Bagimanakah caranya kita memaklumkan kepada seluruh rakyat bahawa tikus-tikus yang terjun kapal itu sebenarnya bersebab. Setidak-tidaknya memaklumkan bahawa mereka yang terjun itu dapat mencipta gambaran bahawa ada kapal yang mahu karam; agar mudah proses persempadanan semula kawasan mengundi dapat dilaksanakan sebelum PRU13. Caranya ialah dengan mengumpan tikus dengan keju-keju basi.
Dengan menulis dalam blog perkara seperti ini mahu dihebahkan? Betapa Pandirnya kamu!
Tak apalah paling tidak saya telah menggunakan paruh yang kecil itu untuk memadamkan api yang sedang semarak itu.
Paling tidak saya mengukuhkan pandangan yang tertanam dalam diri ini bahawa:
Azizi yang sasterwan besar tidak sama dengan Azizi Abdullah yang diberikan kuasa
Setiap tingkah laku Dinsman, biar betapa kecil sekali pun, hatta membeli belah dengan kad kreditnya pun amat penting apabila dia menjadi orang besar kelak. (Apakah saya terlalu banyak menonton cerita Spy Leman?)
Tikus tetap tikus, oleh itu ia (tikus) juga memasang niat.
Apakah ada tikus yang tidak gemarkan keju?
Salam buat:
Adinda Amni Jagat dan Brirasa e-sastera Kedah. Tk.
1 comment:
" kalla innal insa na la yat gho. arro a' hus tagh na . inna ila robbika ruj'a".inilah perangai manusia yang dinyatakan oleh kalamullah, tak kira siapa , petani ,pelaut ,pembloger, politikus,penyair, pendakwa raya ,hakim , akan sentiasa teruji hala tuju perjuangan aqidah di muka bumi ini. innamal ak' malu bin niyyat, dan kesempurnaan niat itu bergantung atas ilmu , dan ilmu itu berteraskan al qur'an dan al hadis yang sahih, yang menentukan kesahihan adalah ulama yang muktabar, dan era cyber sekarang siapa ulama yang muktabar,,,,,mufti, khadi ,pegawai agama,penceramah,penjual rokok, perokok, imam, bilal ,siak, calon pilihan raya......kerana kesempurnaan hanyalah milik ALLAH.....
Post a Comment