ANBAKRI
Daulaaat Pemimpinku
kaukan raksasa
mampu meruntuh 7 langit
merombak 7 bumi
7 kampung 7 tanjung
tekaplah lakar baru ke peta lama
guntinglah impian ke baju Melayuku
tak mengapa
kami keldai!
taat menyembah
- "Daulaaat Pemimpinku" -
teruskan bergeliat
kaukan tailor
tebuklah butang, kancingkan kesetiaan
rapat sendat ke jantung warisan
sambil itu,
rajin-rajinlah membilang
bilah-bilah resah di rusukku
apa salahnya
derhaka Jebat
telah lama kau jinak di peti sejuk
kau jimak maruah bangsa
di ranjang Ikut Suka Aku
pentaskanlah tari di perhimpunan
di gumpal tangis anak isteriku
apa salahnya kerana hati Melayu
sudah lama menjadi ulam
dan kaulah Bapak Krismas berjanggut
yang enak mencelup pisau
menonyoh isi tamban ke sambal jantan
Hoh ho ho …
menabur coklat - sambil mencicah kami?
di piring-piring budu basi
jika begitu
tiada genaplah aku mati
degil bertahan sampai ke arang!
16 Zulhijah 1431
kaukan raksasa
mampu meruntuh 7 langit
merombak 7 bumi
7 kampung 7 tanjung
tekaplah lakar baru ke peta lama
guntinglah impian ke baju Melayuku
tak mengapa
kami keldai!
taat menyembah
- "Daulaaat Pemimpinku" -
teruskan bergeliat
kaukan tailor
tebuklah butang, kancingkan kesetiaan
rapat sendat ke jantung warisan
sambil itu,
rajin-rajinlah membilang
bilah-bilah resah di rusukku
apa salahnya
derhaka Jebat
telah lama kau jinak di peti sejuk
kau jimak maruah bangsa
di ranjang Ikut Suka Aku
pentaskanlah tari di perhimpunan
di gumpal tangis anak isteriku
apa salahnya kerana hati Melayu
sudah lama menjadi ulam
dan kaulah Bapak Krismas berjanggut
yang enak mencelup pisau
menonyoh isi tamban ke sambal jantan
Hoh ho ho …
menabur coklat - sambil mencicah kami?
di piring-piring budu basi
jika begitu
tiada genaplah aku mati
degil bertahan sampai ke arang!
16 Zulhijah 1431
Kuala Lumpur