Sunday, December 5, 2010

Rakyat yang sentiasa dikasihi Umno


Pengswaataan itu baik untuk Negara


Katanya pengswastaan itu adalah untuk kebaikan negara dan rakyat jelata.  Kata-kata muluk itu  pernah diucapkan oleh seorang mantan – pakar pengswastaan.  Kisah seterusnya adalah sejarah pilu untuk rakyat.

Tol dinaikkan secara berkala mengikut skala yang telah ditetapkan kerana itulah PERJANJIAN yang telah mereka patrikan sesama mereka – Pemerintah dan para Kroni.    

Kandungan perjanjian mestilah dimasukkan ke dalam peti besi kerana ― kata mereka kita sentiasa  telus.


ii.


Hari ini,  rakyat mesti turun untuk pertahankan supaya harga air tidak dinaikkan sebanyak 37%.

Ini berlaku setelah segala bentuk perbincangan dengan SYABAS telahpun menemui jalan mati.

Kita ketahui semua ini kerana Selangor telah diambilalih tampuk pemerintahannya oleh Pakatan Rakyat.


iii.


Pengswastaan sangat baik untuk rakyat kerana dasar itu telah meningkatkan kecekapan.  Ternyata ia cukup cekap mengenakan rakyat sehinggakan:
 
Rakyat perlu turun

       T
      u
     R
   u
T urun
   u
    r
     u
     N

Ke jalan raya menuntut

HAKnya.

Siapakah kata Umno tidak mengasihi Melayu dan menjaga Tuan-Tuannya?



No comments: