Sunday, January 23, 2011

Bukan semuanya, mereka terima

Yang jelas, dia bukanlah artis@penghibur

Sejak kisahnya dipaparkan oleh Harakah, beberapa orang teman telah berusaha untuk bertemu dengannya.  Semalam, 22 Januari 2011 tatkala Tenang sedikit bergelora, kami(*) sampai ke tempatnya mencari rezeki ― dia bersiap-siap untuk membakar sate.

Kami merekod satu dua butir cerita kehidupannya untuk renungan bersama.

Umur: 64 tahun

Pengalaman: Bekerja sebagai guru dari tahun 1964 sehingga 1974

Lahir: Tanjung Rambutan, Perak

Anak:  Empat orang, tiga perempuan; semuanya masih bersekolah ― di Universiti Malaya, di UTM, tingkatan 6.

Karya:

Novel:

Senjakala (Kata Ganapathy semasa kami berdialog Interlok, “Saya membaca novel itu semasa mengambil sastera Melayu di sekolah menengah di Teluk Intan dan masih ingat jalan ceritanya..”) ,

Menerjang Gelombang,
Cerita Adam dan
Cerita dari Pinggir Taman (sedang dalam proses penerbitan)

Antologi cerpen:

Terima kasih Tuhanku, Kampung Halaman, Caparengat (‘Apakahnya maknanya, Baha?’ ‘Sejenis tumbuhan’), Rindu Kedua (sedang dalam proses penerbitan)

Drama:  Aku bukan Saklabah dan pengorbanan (?)   


ii.


Seperti biasa, bukan semua yang mendapat perhatian sewajarnya.  Entah mengapa aku jadi teringat kepada al-marhum, AfriniAdham (Malaya pasti merdeka).

Baharuddin Kahar,

Tabik hormat kami buat sebuah harga diri.

_______________________________________

(*) Dinsman, Hasni Abas, Razali Endun dan Nordin Kaab



2 comments:

Anak 73 (FB Simarozana dalam Jawi) said...

Ya ALLAH. Tahun 1986 yang dahulu, saya adalah salah seorang pelajar yang membaca Novel Senjakala karya pakcik Baharuddin Kahar. Saya 13 tahun waktu itu tetapi seusia itu yang belum begitu mendalami erti kasih sayang suami & isteri, saya sampai mengalirkan airmata membaca isi novel tentang gigihnya Kinto memburu demi untuk tidak menghampakan isterinya yang disayanginya. Tadi saya hanya menelusuri Google, menaip nama Baharuddin Kahar, bila saya sampai ke laman yang ada foto beliau membakar sate, hati saya seperti ditusuk, pedih ada, bangga ada. Tolong kepada pihak yang mengenali pakcik Baharuddin & tau perjuangan beliau dalam dunia penulisan, tolonglah jenguk novelis ini. Sekarang kelihatannya masih boleh membakar sate :( jangan sampai dia nyanyuk baru anda terhegeh hendak melihatnya!!!! Kalaulah saya berduit, minggu ini saya hendak terbang menyeberangi laut, sementara beliau masih boleh berbicara! Doa ku panjatkan mudah-mudahan pakcik Baharuddin Kahar panjang usia dalam rahmat ALLAH, aamiin.

Unknown said...

Di mana boleh dicari Senjakala? Teringin nak baca.