| Dari Harakahdaily: “Pas dakwa polis, tentera diberi MyKad semasa PRK Aziz Muda |
| KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing. Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang. Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing. "Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa. "Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam. Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam. Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing. Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak. Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu. Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu. "Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.” ____________________________________ |
Kecurian menjadi-jadi kerana mencuri dapat menghasilkan wang yang amat-amat diperlukan oleh si pencuri. Penagih dadah mencuri kerana dorongan giannya yang sudah tidak tertahan-tahan lagi itu.
Untuk memperolehi ‘barang’ yang begitu digianinya, sang penangih perlu mendapatkan duit segera. Salah satu keadah untuk mendapatkan duit segera ini ialah dengan mencuri. Saat itulah segala harta manusia lain, daripada kasut di rak-rak, basikal, motosikal sehinggalah periuk belanga, dikebasnya oleh si penagih.
Itu faktor yang mendorong atau yang menyurung-nyurung sang penangih untuk mencuri. Faktor giannya.
ii.
Barang-barang yang dicuri tidak membawa apa-apa faedah kepada sang pencuri jika tidak ada pembeli yang rakus untuk menadahnya, the ever-ready buyer.
Barang-barang berharga, ternyata murah pula harganya, tentulah dapat melipatgandakan keuntungan. Pekedai@penadah yang didorong kuat oleh nafsu tamak halobanya untuk cepat, mudah dan banyak mendapat untung, menjadi penadah barang-barang curian.
Pernahkah para penadah barang-barang curi ini dibawa berdepan dengan pengadilan?
iii.
Orang yang mengundi lebih dari sekali adalah:
Pengkhianat yang mengkhianati satu sistem, yang katanya menjanjikan proses pemilihan pemerintah yang betul-betul, dipilih oleh rakyat.
Mereka adalah perosak kepercayaan rakyat kepada proses penting demokrasi ini, iaitu proses mengundi yang bebas, adil, telus dan langsung.
Pembunuhan keyakinan rakyat terhadap proses yang katanya adil, sangatlah memudharatkan, malah terlalu mudharat kepada negara dan tanah air. Kerja jahat ini sebenarnya adalah bibit-bibit@biji benih anarkis yang dicampakkan ke dalam kebun yang namanya masyarakat itu.
Ini bermakna sesiapa saja yang terlibat dengan proses penipuan dalam pilihan raya adalah pengkhianat yang besar.
Tukang tadah undi haram juga tidak dapat lari daripada tanggungjawabnya kerana telah terang-terangan tidak amanah, bejat dan jahat kerana menjadi pengkhianat bangsa dan negara.
iv.
Apakah yang dapat dilakukan?
Pertama, rakyat dan parti-parti politik hendaklah perangi sistem yang jahat ini dengan bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan ― secara berterusan. Kerja ini bukanlah kerja bermusim.
Seluruh rakyat jelata mestilah diajak, dihimpunkan, dijelaskan dan digerakkan supaya sedar akan segala masalah dan musibah besar akibat daripada proses pilihan raya yang nyata tercela kerana kecapikannya itu. Rakyat mestilah dijelaskan dalam tempoh masa yang panjang apakah yang bakal terjadi, jika keadaan ini terus dibiarkan ― berleluasa. Mereka mestilah disedarkan tentang bahaya yang bakal meledak kelak.
v.
Di samping itu, bagaimana jika setiap kali diadakan pilihan raya ― baik kecil maupun yang besar, Pas berehat daripada berkempen, kecuali bersembahyang hajat SETIAP malam di seluruh kawasan mengundi dengan matlamat dan aduan yang sama?
Munajat total ini semata-mata memohon petunjuk Ilahi berhubung proses pilihan raya yang tempang ini. Munajatnya total, sehinggalah jawapannya diperolehi.
Bayangkanlah seluruh proses kempen pilihan raya Pas itu menjadi medan sembahyang hajat, setiap malam, di setiap pelosok dan di seluruh ceruk rantau kawasan mengundinya, dengan doa dan harapan yang satu ― mohon bantuan diberantas kejahatan yang sengaja mereka ternak ini?
Apakah tidak mungkin, nantinya semua kawasan pilihan raya tidak lagi diserang oleh pasukan-pasukan beruniform sepertimana yang mereka amalkan sekarang ini?
Apakah tidak mungkin, pabila tiba saatnya nanti, setiap kali orang-orang itu menyuap nasi ke mulutnya, itulah bara apilah yang mahu dikunyahnya itu? Tidakkah ini mungkin?
Tidak bolehkah disedarkan mereka yang bersekongkol ini, dengan doa dan munajat?
vi.
Kita juga tertanya-tanya:
Kenapakah para pengkhianat ini dibiarkan bermaharajalela begitu lama, tanpa membangunkan rakyat jelata, menyedarkan mereka, dan akhirnya melibatkan mereka untuk bangkit menuntut hak mendapatkan pilihan raya yang adil?
Kenapakah RELA dan Wataniah tiba-tiba saja semakin penting?
Kenapakah para pendatang itu, terus-terusan membanjiri negara kita ini?
Apakah tidak ada agendanya di sana?
Apakah proses penternakan jembalang-jembalang pilihan raya seperti sekarang ini, tidak memudharatkan kita satu hari kelak?
Apakah hantu jembalang yang mereka ternak itu tidak menerkam kita semua satu hari nanti?
Sudahkah kemelut kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah itu beres?
No comments:
Post a Comment