Friday, March 11, 2011

Yang namanya rampok

Dari Malaysiakini:

Rising crime: Now a house goes missing
Mar 11, 11 11:36am

A landlord was shocked to find his double-storey wooden house missing while making his rent call, local daily the Star reported today.

Zuria Ali, 30, said he was greeted by the sight of scattered wood, a damaged television set and twenty-four concrete pillar holders when he went to the site of his house in Perlis.

"I had heard that my house had vanished and was curious to find out the truth," Zuria was quoted as saying by the newspaper.

He lost his furniture, cutlery, cupboards, a dining table and a refrigerator and estimated his losses to be about RM30,000.

Zuria's neighbour, Ah Kiung, said he saw three men and a trailer arriving at the house last month.

"I thought the three were carrying out the dismantling work on instructions from the landlord," Ah Kiung said. "I did not suspect anything until he (Zuria) asked me about it.

Police confirmed receiving a report about the "missing" house, the newspaper said.

- Reuters

_____________________________________________


Salah satu tema yang menjadi bahan kempen paling popular Umno/BN selama ini ialah: “Malaysia sering dicemburui orang luar kerana keamanannya.”

“Kita boleh ke mana-mana saja tanpa rasa takut dan bimbang dengan keselamatan kita.  Begitulah,  amannya negara kita.”  Menteri yang menjaga keselamatan dan polis itu, berhenti sekejap, membiarkan tepukan hadirin menjadi reda. 

Hidung menteri yang tajamnya dan panjangnya seperti penyangkut kot di pejabatnya di Putrajaya, terasa panas kerana terlalu banyak dan terlalu laju,  kembang kempisnya. 

Seluar dalamnya jua dirasakan semakin mengecil.  Ah, betapa nikmatnya dipuji-puji sedemikian rupa...

Menteri yang menjaga keamanan itu menambah dengan lebih lantang, “Apakah tuan-tuan fikir semua ini satu kebetulan?”

Dan ada dalam kalangan penonton yang lurusnya ala tiang elektrik itu, terus-terusan histeris menjerit-jerit sehinggakan pada bersimpul segala macam urat perut, “Tidak!  Tidak!!”

Dia ingin sekali menyambung pidatonya dengan penuh gaya Sharukh Khan,  yang bergelar Datuknya Melaka itu,

“Nahi...Nahii...  pu dot dot,  ki ― kutu beruang heeeh, pu dot dot,  mak hhhehh, impossible...that’s simply impossible...


ii.

Apakah moral berita di atas?

Modus operandinya para maling ini boleh dikatakan sama saja, di mana saja.  Mereka membiak dalam suasana dan kerana kebodohan mangsanya.  Maling-maling atau lebih tepat, para rampok itu menerkam kerana mangsanya hidup dalam kegelapan.  Mangsa tidak tahu bahawa dia telah dirampok sementara jirannya pula membuat andaian bahawa tuan rumahlah yang punya angkara sehingga rumah kayu dua tingkat itu, dirobohkan.

Bayangkan jika tuan rumah dan jirannya saling berpesan-pesan di antara satu sama lain, para rampok itu mungkin telah lama digap oleh pihak polis.


iii.

Rakyat jelata juga tidak boleh hidup dalam kegelapan dan LEKA sekali membuat andaian bahawa pemerintah kita itu baik-baik belaka.

Selama lebih setengah abad, mereka telah secara diam-diam, dan juga terang-terangan melupuskan sekian banyaknya tanah simpanan Melayu.

Apakah tuan mahu terus rela hidup dalam kegelapan dan saling mengurung diri?  Jangan jadi seperti Zuria dan jangan pula kita selalu membuat andaian seperti Ah Kiung.

Pemerintah, seperti perampok, juga merampuk rakyatnya di siang-siang bolong!

Tak betul?

Saman ekor itu apa ― kalau bukan kerjanya rampok ― bertauliah?


No comments: