PRU: Zahid dakwa DAP rancang letak calon Melayu
Mei 22, 11 9:21pm
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding di beberapa negeri dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Katanya, DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.
"Mereka telah mencari jalan supaya calon-colon (orang Melayu) itu dapat diterima oleh pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah dekat Alor Gajah hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata DAP merancang meletakkan calon orang Melayu di Perak untuk menguasai negeri itu dengan menteri besarnya terdiri daripada calon DAP.
"Ini kerana perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar, oleh itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri supaya akhirnya menteri besar itu dari DAP," katanya.
Beliau berkata di negeri lain, parti pembangkang itu merancang meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti pengundi Melayu dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu.
Katanya strategi terancang itu tidak mustahil untuk dilakukan kerana DAP telah memulakan blog dalam bahasa Melayu berbanding selama ini hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
"Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat), Sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP," katanya.
Ahmad Zahid mengingatkan Umno dan parti komponen BN yang lain, supaya berhati-hati dengan taktik secara berstruktur dan sistematik yang dilakukan oleh DAP itu.
"Kita jangan berada dalam zon yang selesa dengan tindakan yang dilakukan DAP, saya ingatkan orang Melayu jangan jadi tali barut kepada DAP, sama ada mereka menjadi calon secara langsung atau rakan yang bersekongkol di bawah pakatan rakyat," katanya.
- Bernama

___________________________________
Beberapa soalan berhubung berita cemas (baca: Kenapakah DAP begitu berselera mahu mendekati Melayu???).
Bil. | Pernyataan seorang Menteri kanan Umno | Senarai soalan | Komen |
1 | “DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding di beberapa negeri dalam pilihan raya umum ke-13” | 1) Apakah ini satu kesalahan, satu dosa besar atau ada sebab-sebab lain yang kita tidak tahu? 2) Adakah ini disebabkan oleh hakikat Umno hanya meletakkan calon Umno, MCA dengan calon Indianya (ya, betul India) dan MIC hanya meletakkan calon Cina, maka DAP TIDAK boleh meletakkan rakyat Malaysia dari pelbagai asal keturunan sebagai calonnya? | Di antara pernyataan berikut yang mana satukah yang PALING betul? Menteri ini penyokong kuat konsep satu Malaysia Menteri ini penyokong kuat BN? Menteri ini penyokong kuat Melayu Umno Di Bagan Datok, menteri ini hanya diundi oleh orang-orang Melayu saja |
2 | "Mereka telah mencari jalan supaya calon-calon (orang Melayu) itu dapat diterima oleh pengundi," | Orang-orang Melayu hanya boleh memilih calon-calon BN saja? Orang-orang Melayu mesti memilih Melayu kerana mereka Melayu? | Kenapakah orang-orang Melayu mesti memilih calon-calon BN saja? Orang-orang Melayu mahukan pemimpin yang baik atau Orang-orang Melayu mahukan orang Melayu sebagai pemimpin semata-mata kerana mereka Melayu? |
3 | “...kerana DAP telah memulakan blog dalam bahasa Melayu berbanding selama ini hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.” | Apakah YB ini takut mesej Cina (DAP) sampai ke pengetahuan orang-orang Melayu? Apakah Cina DAP yang telah riuh rendah heboh dan hebahkan video lucah dan babak seks pemimpin Umno? | Sejak bila maklumat menjadi hak mutlak dan monopoli Umno? Sejak bila bahasa Melayu menjadi hak mutlak Umno? Sejak bila DAP mesti dan hanya perlu bercakap dan meyebarkan maklumat dalam bahasa Mandarin dan Inggeris saja? |
No comments:
Post a Comment