Saturday, May 7, 2011

Rezeki sial yang hanyir

Sumber: The Malaysian Insider

State your stand on Utusan, Pakatan tells Najib

By Shazwan Mustafa Kamal

May 07, 2011

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said that Utusan’s latest stunt showed that it was willing to do anything to get Malay voters — to the extent of pitting Muslims against Christians.

Utusan is doing this just to get that 5-7 per cent of Malay votes. They are creating DAP-phobia, Chinese-phobia, Christian-phobia, and for what?

“They (Utusan) are the greatest threat to the country,” Mahfuz told The Malaysian Insider.


________________________________

Kata-kata Datuk Mahfuz Omar ini menceritakan intipati rancangan mempertahankan kuasa.

Bayangkan, semua rumus dan formulanya sudah dicuba dengan bersungguh-sungguh, berkali-kali dan berulang-ulang kali pula. 

Semuanya dilaksanakan ― satu demi satu: Agama, bangsa, agama, bangsa diulang-ulangi ― silih berganti dalam pelbagai versi. 

Semuanya buat menimbulkan kemarahan orang-orang tertentu.

Semuanya untuk memastikan orang-orang Melayu tertipu.


ii.

Sementara itu ada orang yang besar ― yang besar-besar masih lagi berselera berlakon:  Bahawa tidak apa-apa yang luar biasa yang telah, sedang dan akan dikorbankan oleh akhbar itu.

Sungguh menyedihkan.  Cukup menyedihkan. Begitu menyedihkan.


iii.

Dua puluh dari sekarang, pengarang, ketua pengarang, ketua kumpulan akhbar, ketua pemberita, ketua rencana dan ketua kepada segala ketuat dan para pemberita akhbar ini telahpun lama pencen. 

Ada juga sudah lama dikuburkan ― enam kaki di bawah aras permukaan tanah.

Yang bakal membaca bahan-bahan yang mereka semua ini reka, cipta, khayalkan, lalu karang dan gormal dan siarkan dalam tahun-tahun pra-PRU13, adalah cucu cicit piutnya ketua pengarang et al.


“Begini rupanya datukku mencari makan ― berdagang fitnah.  Betapa ― hapak hanyirnya rezeki sial yang mengalir di dalam tubuhku ini!”



No comments: