Sunday, October 30, 2011

Pak Sako tentang penjajahan

Berita Pertama


Harakahdaily
(http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6236-demo-mahasiswa-jika-uitm-gantung-khalid-)

“Demo mahasiswa jika UiTM gantung Khalid 

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam terhadap Khalid Mohd Ismath.

Penyelarasnya, Wan Farel berkata, ini berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang "menghentam" pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari dan terlibat dengan demonstrasi aman kebebasan akademik di UIAM, baru-baru ini...”


Berita Kedua

Malaysiakini versi bahasa Melayu

http://www.malaysiakini.com/news/179957

Sultan lepas jawatan canselor jika pelajar terbabit dalam perhimpunan haram

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan penuntut dan graduan agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.
  
Sultan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) bertitah sebaliknya mereka perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terlibat dengan aktiviti politik, atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.


Renungan


“Tuanku! Harap tuanku ampunkan patik beribu-ribu ampun.  Patik keluarkan cerita itu bukanlah dengan niat hendak melukakan perasaan tuanku melainkan yang sebenarnya ialah hendak menerangkan kepada tuanku perihal kemiskinan atau kepapaan orang-orang Melayu bangsa tuanku hingga kepada kaum-kaum raja dan turus tonggak waris negeri, “ jawab Tuan William. 


“Barangkali benar dan sungguh perkataan tuan itu tetapi perasaan saya luka sebab saya percaya kesalahan atau sebab-sebab mereka itu jadi papa ialah kerana tadbir bangsa tuan juga yang jadi pemerintah di negeri-negeri itu.  Negeri-negeri Melayu itu bernaung di bawah kerajaan tuan tetapi pegawai-pegawai bangsa tuan yang mengemudikan tadbir pemerintahan itu telah meletakkan mereka itu di bawah naungan payung sutera kuning yang nipis melayang, maka apabila datang hujan basah kuyuplah mereka itu dan apabila datang panas kurus kering pula mereka itu, “ kata Ratu Bongsu menyatakan perasaannya.”


Pak Sako, Putera Gunung Tahan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2000
Halaman 85.

Novel ini memaparkan juga pengakuan Ishak Haji Muhammad dalam rancangan “Komentar”, TV Malaysia pada 27 Jun 1973:

“Saya menulis Putera Gunung Tahan khusus sebagai alat perjuangan menuntut kemerdekaan, keadilan dan menghalau penjajah”


Ya, ‘penjajah’ dalam konteks dan erti yang cukup luas itu.