Tuesday, December 6, 2011

Katanya, Gerhanalah Melayu

Masa depan Melayu’gerhana’ jika Putrajaya ditawan
Hazlan Zakaria – Malaysiakini, Dis 5, 2011


Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan tetapi mempertahankan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Memang ada pilihan tetapi soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang?

"Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis?


2.


kalau cincau katakan cincau
usah dicanang hebah ― temulawak
ya, jika parpu ― katakan parpu
macam-macam sudah diracau
berkoyan-koyan bodo’nya lawak
berjela-jela, meleret-leret ― merapu

No comments: