Petikan Berita Pertama
http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/04/kbs-cuci-minda-anak-muda/
KBS ‘cuci’ minda anak muda
Zefry Dahalan
January 4, 2012
SEREMBAN: Jika Program Penggerak Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dijadikan rujukan, maka bolehlah dirumuskan bahawa jabatan tersebut di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah menjadi salah sebuah komponen Barisan Nasional (BN) atau mungkin lebih tepat ahli bersekutu Umno.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek membuat pendedahan ini kepada FMT selepas beberapa anak muda Melayu sekitar Seremban yang menghadiri program tersebut membuat aduan kepada beliau kerana tidak puas hati dengan pengisian program tersebut.
Mohamad Rafie juga menunjukkan buku program kepada FMT dan meminta FMT menyiarkan tiga perenggan dalam buku program itu yang menurut Mohamad Rafie terang-terang membuktikan KBS sudah menjadi alat Umno-BN.
Menurut beliau, kandungan ulasan dalam buku program itu, di antara lain menyebut:
• Berasaskan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12), satu analisa terhadap sokongan generasi muda terhadap kerajaan telah menunjukkan tanda aras penurunan yang ketara iaitu sebanyak 36% berbanding dengan PRU 11 pada 2004.
• Sehubungan dengan itu, KBS telah mengambil tindakan proaktif, iaitu dengan merangka strategi-strategi mendekati generasi muda secara terus di peringkat akar umbi dalam usaha mengenalpasti kehendak dan keperluan serta trend dan pola sokongan pengundi muda dalam usaha mencapai matlamat kelangsungan kerajaan.
• Penglibatan ini dijayakan melalui beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti di Manik Urai (Kelantan), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Sibu (Sarawak), Batu Sapi (Sabah) dan Galas (Kelantan).
Petikan Berita Kedua
‘BN has everything to lose no matter the verdict’
Zefry Dahalan
January 7, 2012
Bersih 2.0 chairperson S Ambiga is of the view Monday's verdict will be a judgment on the justice system.
KUALA LUMPUR: Monday’s verdict on Anwar Ibrahim’s Sodomy II case will also be a judgment on the ‘whole justice system’ and regardless of which way the decision goes, it would be a loss for Barisan Nasional, said Bersih chairperson S Ambiga.
“As a lawyer, I am very concerned about the way in which this case has proceeded particularly in the light of the evidence produced.”
“Furthermore it is my view that BN has everything to lose no matter which way the decision goes….if Anwar wins, they lose, if Anwar loses, they lose.
“But above and beyond that, is the manner in which our system of justice is used to bring down political opponents.
The former Bar Council chairman, said people were more aware of the goings-on in the country now and believed that the Malaysians’ sense of fair play should not be underestimated.
“They too have seen the evidence unfold. They know what justice is and they certainly know what injustice is.
“They should not underestimate the dignity and strong sense of fair play of the Malaysian people,” she said.
Ambiga also raised concern over the effect of the case on Malaysian children.
“It is sad to see what they are putting one man (Anwar) through mainly because he is perceived as a threat.
“It is also unfortunate that our children have to read about Sodomy I and Sodomy II.
“Is this what we want to expose them to?” asked Ambiga.
KOMEN
Kedua-dua berita oleh Zefry Dahalan di atas kita petik daripada akhbar digital FMT, Free Malaysia Today. Untuk memperlihatkan isi serta isu pokoknya, maka kita tebuk sana dan sini lalu paparkan semula untuk renungan bersama.
Berita pertama menunjukkan bagaimana sebuah Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Kerajaan yang ditubuhkan untuk membangunkan jiwa manusia-manusia muda kita telah melaksanakan ‘tanggungjawab’ tersebut. Sebuah Jabatan yang katanya bertanggungjawab untuk membangunkan jati diri, sahsiah serta ‘kemanusiaan’nya para belia kita ― pelanggan utama Jabatan tersebut.
Namun lihatlah apa yang telah terjadi. Lihatlah bagaimana contoh perilaku hodoh, tidak beretika dan tidak bertanggungjawab ini bocor jua akhirnya:
“Saya juga diberitahu oleh pemuda-pemuda ini bahawa dalam salah sebuah sesi penerangan yang bertajuk ‘Senario Politik Semasa Setempat’, penceramah tersebut dalam usaha untuk cuba menegakkan benang yang basah, menghina Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat”, ulas Mohamad Rafie yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban.
Penceramah terbabit dikatakan berkata: “Nik Aziz cakap orang bukan Islam boleh guna perkataan ALLAH tapi jangan salah guna. Senang sahaja lepas ni jumpa Nik Aziz bagi tahu dia, “Tok Guru saya nak pinjam anak dara Tok Guru semalam sahaja, Insya Allah saya tak salah guna”.
2.
Sementara itu dalam petikan kedua kita temui pandangan Ambiga:
“They should not underestimate the dignity and strong sense of fair play of the Malaysian people,” she said.
Ada lagi persoalan yang cukup penting untuk kita teliti bersama:
Ambiga also raised concern over the effect of the case on Malaysian children.
“It is sad to see what they are putting one man (Anwar) through mainly because he is perceived as a threat.
“It is also unfortunate that our children have to read about Sodomy I and Sodomy II.
“Is this what we want to expose them to?” asked Ambiga.
3.
Isu, rungutan serta kritikan seperti di atas ini bukanlah perkara baru. Ertinya perihal Jabatan-Jabatan Kerajaan diperalatkan sesuka hati Umno/BN bukanlah perkara baru. Isu ini sudah begitu kerap dibangkitkan sehingga orang ramai seolah-olah sudah menjadi mangli.
Dalam konteks asakan dan permerkosaan Sang Penguasa ini, ada saja soalan yang meroyak di dalam benak:
Adakah dalam semua kes ‘diperalatkan’ ini, para pegawai Kerajaan kita benar-benar tidak terdaya? Ya, setiap kali hak-hak mereka sebagai pegawai awam yang sewajarnya bebas itu, diinjak-injak sesuka hati Sang Penguasa, mereka benar-benar tidak terdaya?
Ertinya mereka benar-benar tidak ‘bebas’ untuk berlaku adil, bertingkah profesional?
Betulkah mereka benar-benar tidak terdaya atau apakah mereka juga bukannya ‘rakan kongsi’? Ya, mereka juga menjadi sebahagian daripada ‘jentera yang sukarela’ itu? Ya, mereka suka rela bersengkokol dengan Umno untuk menindas dan menghukum rakyat yang telah memberikan mereka amanah untuk mentadbir negara ini?
Sekiranya dalam hati kecil mereka terdetik jua secebis ‘Ya’ maka ini bermakna para pegawai ini telahpun melanggari ijab kabulnya sebagai penjawat awam.
4.
Peringatan oleh Ambiga bahawa Sang Penguasa serta alat-alatnya tidak boleh mengambil mudah soal-soal harga diri dan kedambaan rakyat terhadap keadilan dan perlakuan adil adalah hakikat yang sekian lama tertanam dalam jiwa-jiwa yang tulen merdeka. Oleh itu janganlah dipandang mudah soal-soal ‘the dignity and strong sense of fair play’ ini.
Itulah sebabnya kenapa kita begitu yakin bahawa segala senjata untuk menakut-nakutkan rakyat iaitu Bangsa, Agama dan institusi Raja itu menjadi semakin tidak relevan kerana semua itu tidak lagi mampu menakutkan rakyat.
ITULAH JUGA SEBABNYA KENAPA ORANG-ORANG BIASA SEPERTI SENIMAN PAKSI RAKYAT AKAN TURUN ESOK, 9 JANUARI 2012 UNTUK BERHIMPUN DI JALAN DUTA, KUALA LUMPUR.
YAKINLAH, OBOR 901 YANG DINYALAKAN ITU TIDAK MUNGKIN PADAM SEHINGGA NEGARA INI BEBAS SEPENUHNYA DARIPADA CENGKAMAN SEGALA BENTUK KEZALIMAN.
No comments:
Post a Comment