Tuesday, April 3, 2012

Permohonan pemandu

Pemandu perubahan(?) itu?


Para pemandu di negara kita sering kali mendapat perhatian, setiap kali tibanya musim perayaan yang besar-besar seperti Cuti Hari Raya Puasa atau pun Cuti Tahun Baru Cina. Ketika itu para tukang kempen akan turun padang berkempen dan menyeru agar para pemandu lebih berhati-hati, lebih sabar, lebih waspada ― pendek kata lebih segala-galanya, apabila memandu di musim-musim perayaan. Kita dapat mengerti kenapa saban tahun seruan-seruan ini diulang-ulangi oleh pelbagai media. Ya, di Malaysia, ramai yang terkorban di jalan raya. Dikatakan faktor manusialah yang paling teratas dan sering dinyatakan sebagai penyebab utama musibah tragis ini berulang-ulang walaupun di sana terdapat pelbagai faktor lain, seperti mutu dan rekabentuk jalan raya yang kurang memuaskan yang menyebabkan kemalangan. Ertinya ramai yang yakin sikap pemandulah yang menyebabkan penderitaan sesama manusia.

Apabila CEO syarikat kami, Piem menyeru supaya pemandu Malingsial Sdn. Bhd tidak ditukar demi untuk meneruskan kerancakan pembangunan syarikat yang telah, sedang dan selama-lamanya akan dilaksanakan, kita (para pekerja) pun terkejut dan panik.

2.

Telah nyata pemandu kami sentiasa saja mabuk, sering tertidur, gemar membelok tanpa bersebab, melelong-lelong dan pada linglung setiap kali memandu. Ya, betul kami tidak tahu apakah pemandu ini tertidur atau berjaga semasa memandu. Dan perjalanan Malingsial di daerah yang penuh berjurang, dengan segala macam tikungan tajamnya begitu menakutkan sekali. Kami bimbang MalingSial menjunam ke dalam jurang Muflis. Kami pun panik membaca berita ini:


“PM: Don’t switch driver of change halfway Nigel Aw | 10:01PM Apr 2

On the eve of his third anniversary as premier, Najib Razak tells Malaysia it is halfway through his transformation agenda which is on the right trajectory.”

(Sumber: Malaysiakini)

No comments: