Sunday, April 28, 2013

Pied Piper dan serulingnajibnya



Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/228188

Najib says he's younger and has more FB fans


"You talk about change - among Kit Siang, Anwar, Hadi and myself, who can representing change?" he asks a 1,500-strong crowd in Sibu, which responds with "Najib".

He then asks: "Who is the youngest of the four?", "Who is more in tune with the younger generation?", "Who has the biggest Twitter followers in the country?" and "Who has the biggest Facebook fans?"

Each time, the crowd responded with "Najib".


2.


Pilihan raya membawa pelbagai nikmat kepada rakyat.  Di antara nikmat langsungnya termasuklah BR1M, TR1M, KR1M et al.  Ini semua berlaku kerana kekalahan Sang Penguasa dalam PRU-12 lalu.  Ya, akibat tercabutnya akar kuasa Umno/BN di Selangor, rakyat di Selangor berpeluang melihat dengan jelas pelbagai dimensi isu air lengkap dengan liku, intrig pengswastaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Bukan itu saja,  di sesetengah tempat di Selangor, mereka merasakan bagaimana didera, dijadikan sandera masalah air ini.  Mereka melihat bagaimana misalnya Kerajaan Persekutuan menuduh bahawa semua kemelut air di Selangor ini berlaku akibat tertangguhnya projek Langat 2!  Bukankah itu  cukup menarik?


Pendek kata pelbagai kisah air di Selangor ini tidak akan sampai ke pengetahuan rakyat sekiranya Umno/BN tidak kalah di Selangor.  Dan jika Umno/BN tidak kalah di negeri terkaya di Malaysia itu, rakyat negeri Selangor akan ‘menikmati’  kenaikan harga air kerana pelbagai sebab yang tidak dielakkan.  Itulah ‘nikmat’  jika Umno/BN tidak kalah.  Ertinya mereka tidak berpeluang  menikmati BR1M sekiranya Umno/BN tidak kalah teruk dalam PRU-12 yang lalu.   Apakah maknanya senario di atas?  Maknanya yang cukup jelas lagi penting untuk difahami oleh seluruh rakyat Malaysia ialah hakikat bahawa nikmat tidak akan jatuh dari langit jika rakyat tidak berani berUBAH.


3.


Selain nikmat segala macam habuan seperti BR1M et al dan janji-janji habuan lain itu,  apa lagi nikmat yang rakyat Malaysia perolehi di musim-muism pilihan raya seperti sekarang ini?  Sebenarnya ada satu lagi nikmat yang tidak boleh dipandang enteng@ringan oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia ― iaitu pelbagai nikmat ‘kebijaksanaan pemikiran’  Sang Penguasa.   Pemikiran bernas untuk santapan minda rakyat.  Misalnya rakyat mendengar dan membaca berbagai-bagai untaian kata-kata hikmat penuh hikmah dilontarkan oleh mantan Sang Penguasa untuk mereka kunyah dan telan.  Salah satu ‘pemikiran’ bernas popular yang menjadi rebutan pihak oposisi dan juga mantan Sang Penguasa ialah kata sakti UBAH ― sebuah perkataan besar yang menjadi rebutan mereka yang bergelut untuk merebut kuasa.


Lalu apakah yang tuan tahu tentang ‘UBAH’?  Jika tuan amat-amati,  ada satu versi buah pemikiran bernas tentang UBAH ini.  Kata pemikiran bernas ini, UBAH ini sangat condong dan cenderung kepada orang-orang yang muda usianya.   Mengikut premis pemikiran bergeliga ini, sesiapa saja yang relatif  TUA pasti tidak mesra perUBAHan.  Sebabnya cukup mudah kerana yang tua usianya ― sama seperti ayam-ayam pencen ― lebih liat dan laih pemikirannya maka oleh kerana itu tidak mesra perUBAHan.  Ertinya jika saya lebih muda jika dibandingkan tuan, maka sayalah  lebih mampu untuk berUBAH.  Dan kata hujah bergeliga itu lagi, untuk membawa perUBAHan di samping menjadi lebih ‘MUDA’, saya juga perlulah punyai ramai pengikut fb dan twitter.  Ringkasnya, siapa saja yang bercita-cita untuk membawa perUBAHan TIDAK DAPAT TIDAK, mestilah relatif lebih MUDA dan memiliki ramai pengikut fb dan twitter! 


4.


Terdapat sebuah dongeng silam, kisah bagaimana seorang peniup seruling ajaib membalas dendam terhadap seluruh penduduk bandar Hamelin yang telah mungkir janji.  Dongeng bagaimana janji habuan kepada sang Piper setelah dia berjaya menyahkan ratus ribuan tikus yang sekian lama merongrong bandar tersebut telah dicapatikan.  Sebagai tindak balas yang keras terhadap  kecurangan penduduk Hamelin, Piped Piper of Hamelin telah menghukum seluruh Hamelin dengan kemerduan seruling ajaibnya ― dia membawa@nyahkan seluruh anak-anak muda Hamelin bersamanya. 

Sesungguhnya di zaman moden ini, usia MUDA, fb dan twitter adalah seruling ajaib ― sejuling NajibAjaib untuk perUBAHan.  Wahai Malaysia, awaslah.  Anak-anak mudamu bakal dibawa dan dinyahkan ke dunia songlap lagi pikun oleh si Piper dengan serulingnajibya.





No comments: