Wednesday, December 4, 2013

Champak edisi pertama 2013





Kumilikinya sebagai buah tangan dari seorang Puteri.  Ia mereka namakan:

CHAMPAK edisi pertama 2013, dengan iringan ungkapan kata:  

“atas kasih Tuhan, mempersembahkan’.  

Benar, ia sebuah kumpulan coretan anak-anak muda UIAM.


Aduhai! Universiti Donat terbesar.  Maaf,  aku benci label-label yang merosakkan seperti itu tapi fikiran tak dapat lepas daripada perbuatan sia-sia yang memalukan apatah lagi jika ia dilakukan oleh sebuah Universiti, tempat mencari ilmu bukannya membuat rekod pandir untuk Guinness Book of Records. Kasihan Universiti dan para warganya yang cemerlang dibodoh-bodohkan, diperbodoh-bodohkan sedemikian rupa.  Makanya, jika ada lagi unsur-unsur kerja bodoh sebegitu- sebegini, Majlis Perwakilan Mahasisiwa usah berpeluk tubuh membiarkan peristiwa seperti ini berlalu.  Perlu protes dengan hujah-hujah kukuh kenapa perbuatan-perbuatan yang memalukan seperti ini muncul di kampus. Biarlah Prof yang mahu mencipta  mileage dan memanjat takah-takah habuan itu terjun dengan labu-labunya. Sebagai cadangan balas, ajaklah Sang Prof seperti ini membentangkan hasil  kajian, penyelidikan dan penemuannya bukan mencipta rekod-rekod lawak.  Biarlah kerja mencari Raja Lawak itu menjadi kerja sensasi stesen-stesen media. Atau ajaklah Sang Prof itu menulis sepatah kata untuk Champak. Bolehkan?


Apa pun, inilah ‘PRAKATA’ Champak:


“from the soul of beautiful hearts, just about everything; Champak.”

Mar Ashari


“jika ditanya mana hati menyusup pergi, jawapannya di sini, dengan mengeja aksaranya setiap satu, kau sedang membaca aku.”

Nusrah


“tulisan ini belum bernyawa karena kubutuh kalian untuk menghidupkan cinta dari Tuhan.”

TasbeehCamara


“aku kira ini tulisan kecintaan. maka champak-kan saja apa yang ada dalam fikiran.  kumpulan tulisan ini buat jiwa-jiwa yang peduli dan suka. mari membacanya, kau jatuh cinta dan mendapati tiada jalan keluar untuk terus mencinta.”

Sofiainin


“kalau kau suruh aku champak, aku champak.  kalau kau suruh aku tulis, aku diam.”

Ainum Solehah


“Champak; cantuman rasa murni yang darinya mengalir bait-bait ekspresi.  kepada Allah segala canting dikembalikan.”

AmatulAziz


“aku mahu tuliskan sesuatu yang kau boleh sentuh, dan kita tangiskan bersama, ketawa bersama, sesal bersama, rindu cinta kasih sayang bersama, kerana menurutku hakikat manusia adalah tentang – itu; rasa-rasa yang sembunyi, ada! cuma, tak terucap.”

Umairahshafie


“maaf, kalau aku di sini menggila.”

Hajar


“champak dari hati. champak buat diri. champak mencari solusi. kerana kita penulis seni, selalu punya cara tersendiri untuk mengekspresi.”

AlyaaaAli


“aku suka main lontar-baling-champak huruf-huruf yang bermain-main di kepala. dan di sini, aku temukan jiwa-jiwa yang sama macam aku.  rasa hidup.”

IsmiSyahida


“champak-ku yang terbina dari hati ini, hasil ‘sentuhan’ dari Ilahi.”

Nadia Rusli


“champak; jujur dan cinta. dua benda yang menghidupkan setiap aksara, dan mengikut jiwa-jiwa kita. – di sini.”

Hua Mulan


“kawasan hati-hati yang penuh ‘geram’, tangan-tangannya terchampak riang.”

Yna Sofya




No comments: