Wednesday, January 1, 2014

Malam 31 Disember 2013 Tanpa FRU: Ibarat Sambal Belacan Yang Tak Cukup Pedas










Malam 31 Disember 2013: Gembar gembur (kekacauan) yang tak menjadi


Apakah yang direkod pada malam 31 Januari 2013?  Tak ada yang istimewa kecuali percakapan  seperti di bawah ini atau pawai anak-anak muda Cina dengan placard “BN = Barang Naik” atau sesekali ― teriakan-teriakan anti-BN, Najib dan Rosmah.

Ternyata malam tanpa sebarang kejaran, ayunan belantan, halangan kawat berduri, gempuran dan tembakan air asid dan gas pemedih mata FRU,  membuat suasana semalam TIDAK cukup meriah ― seperti sambal belacan yang sama sekali TIDAK dirasakan ummphhnya, pedasnya. 

Namun begitu ada yang percaya, bahawa malam 31 Disember 2013 itu hanyalah ‘warm up’ untuk satu siri pemanasan  badan TURUN yang akan datang yang lebih, khususnya pada 1 Mei 2014 nanti.      

Nah berikut ialah dialog sambil lalu semalam ― kira-kira jam 10:30 malam:

Hazayani Zakaria (pemberita Harakahdaily) kepadaku:  Paksi ada wakil malam ini?

Rahmat Harun: Aku baru balik dari Johor, menziarahi keluarga.

Anak muda di dalam LRT: Pak Cik kenapa tak pakai baju hitam?

Yang bertali arus menyapa Hasni: Waras (sihat)?   

Hasni: Hah, tengok! orang-orang Batu Pahat 300 km dari sini pun datang memprotes!


Rumusan?

Pembohongan sudah tidak menjadi.  Yang menjadi alat sepatutnya malu dengan segala pembohongan mereka yang tak pernah reda itu!



No comments: