Yang punya kemampuan
membeli selalu bertanya, “Mana boleh beli?”
Yang tak punya
‘sen’ untuk beli, biasanya memujuk, “Tunggulah, bila abah ada duit sikit. Mungkin lepas musim tuai padi kita nanti,
abah belikan.”
Semasa pertama
kali bertugas mengawasi projek menaikkan taraf sistem taliair di salah sebuah
projek besar pengairan, aku terkejut besar bila salah seorang pemborong
bertanya, “ Encik Kassim, mana boleh beli degree?”
“You cannot be
serious! Kamu main-main ya?”
“Yes, I am serious.”
Sampai ke hari
ini aku yakin dia hanya main-main. Atau
apakah dia mahu membeli segala-galanya kerana dia berduit?
2 comments:
duit dan kuasa segala galanya
Ya, manusia sanggup berbunuh-bunuhan kerananya. Untuk orang-orang politik kuasa dan duit adalah ujian. Yang katanya Islam tegar pun boleh tumbang kerana godaan duit dan kuasa. Bukankah begitu?
Pengajarannya? Kita yang belum diuji dengan duit dan kuasa jangan terlalu yakin bahawa kita 'okey' dan boleh lulus ujian duit dan kuasa.
Ada yang menambah: Perempuan juga ujian.
Post a Comment