Showing posts with label Hebahan. Show all posts
Showing posts with label Hebahan. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Said Zahari, 'Awang Selamat' dan AKRAB,



SIRI KELANGSUNGAN PERJUANGAN SAID ZAHARI:
“MEMAHAMI UTUSAN - SIAPAKAH AWANG SELAMAT?”

SAID ZAHARI merupakan ikon kepada kebebasan media di Malaysia pada 1961, dia memimpin wartawan mogok kerana membantah tindakan UMNO menguasai Utusan Melayu. Baginya Utusan Melayu mestilah kritikal dan tidak bersimpati dengan perjuangan UMNO. Akibatnya beliau dilarang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu / Malaya oleh Tunku Abdul Rahman yang sudahpun menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri.

Sejak 1959, UMNO ingin menguasai Utusan Melayu. Dua orang wakil telah berjumpa dengan ketua editor Said Zahari. Apabila Said Zahari enggan bekerjasama, Said ditukarkan serta-merta ke Singapura. Bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi dan Said Zahari memulakan mogok seluruh pekerja Utusan.

Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas (AKRAB) - Satu gerakan sosial yang memperjuangkan kebebasan media dan membawa informasi ke kawasan luar bandar supaya rakyat tidak dipengaruhi oleh alat propaganda politik. Sistem demokrasi hanya boleh dijamin jika rakyat dapat membuat keputusan dengan informasi, fakta dan analisa yang bebas dan bersifat kritikal akan melangsungkan " Siri Kelangsungan Perjuangan Said  Zahari"

Siri pertama bertajuk "Memahami Utusan Malaysia - Siapa Awang Selamat" akan diadakan pada 2 September 2013, pukul 8 malam di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, akan membincangkan siapakah berada di sebalik pintu pagar dan bangunan baru Utusan Melayu,  siapakah perancang-perancang utama di dalam Utusan Melayu dan apakah sikap pengarang-pengarang dan wartawan-wartawan di Utusan Melayu dan paling penting siapakan Awang Selamat" yang bukan sahaja dilindungi oleh kerajaan untuk melemparkan fitnah kepada sesiapa sahaja yang disukai dan kebal dari tindakan undang-undang.

Siri pertama ini akan menampilkan Hata Wahari bekas wartawan Utusan yang juga bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) untuk membicarakan tajuk pertama tersebut dan bicara ini akan di ulas oleh Profesor Zaharom Nain.

Hata Wahari akan membicarakan setiap fungsi, gerakan dan apa yang berlaku di dalam Utusan sejak beliau menjejakkan kaki ke bangunan usang Utusan di 46 M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur18 tahun lepas.

Jangan lupa untuk menyertai siri kelangsungan Perjuangan Said Zahari untuk mengetahui Utusan dan mengapa ia bertindak apa yang dilakukan sekarang. Sila hubungi 012-2658448 jika ada sebarang pertanyaan.

Hata Wahari, Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas
Liau Kok Fah, Jawatankuasa Hak Sivil, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor





Wednesday, December 7, 2011

Seniman: Bersatulah

Dari Dinsman kepada seluruh rakan seniman tanah air:


UNTUK SEBARAN

Paksi sah buat himpunan seniman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 23 Disember 2011 (Jumaat) mulai jam 3.00 petang sehingga 12.00 malam. Tujuannya menyokong peneroka FELDA mempertahankan tanah mereka seluas 360,000 hektar (Tiga Ratus Enam Puluh Ribu) daripada dicagar oleh pihak FELDA melalui penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holdings.

Tolong ajak kawan-kawan seniman datang ramai-ramai ke Felda Sungai Tengi. Ini acara pertama kita dalam kembara seniman ke kawasan-kawasan Felda. Nanti kita akan terbitkan antologi puisi khas. Taklimat akan diadakan tidak lama lagi.



2.

Tanah: Tempat manusia tegak menghirup udara.
(Berbeda dengan lembu, tinggalnya di kondo)