Monday, November 9, 2009

Malah ia cemburu...


... iri hati dan memarahi orang Islam yang lain yang mengemukakan idea-idea yang bernas dan logik...


“Pada hari ini kita melihat fenomena ketidakpraktikalan yang ketara yang berlaku dalam pekerjaan harian kita kerana sebahagian pekerjaan kita tidak produktif dan banyak percubaan yang dilakukan tidak membuahkan hasil. Sekiranya kita ingin kenalpasti isu ini secara jelas dan mengatasinya kita perlu melihat puncanya yang asasi, iaitu kita tidak memiliki kepekaan yang tinggi untuk meningkat secara lebih praktikal antara perkara yang dilakukan dan caranya dan antara perkara yang dilakukan dan objektifnya.


Gaya pengurusan kita tidak mengutamakan cara bekerja yang betul, keintelektualan kita mungkin belum diterokai sepenuhnya dan idea kita mungkin tidak pernah diterjemahkan kepada realiti. Semua ini berulang-ulang dalam segala pekerjaan dan tindakan yang kita lakukan. Ada orang berpendapat bahawa masyarakat Islam hidup berdasarkan prinsip Al-Quran tetapi tidak dari segi tindak tanduknya, kerana ketiadaan logik praktikal dalam tindak tanduknya sedangkan ia dituntut oleh Al-Quran.

Melihat kepada dunia realiti hari ini kita akan berdepan dengan orang Eropah dan orang Islam yang manakah antara keduanya mempunyai kecergasan, keazaman dan komitmen. Malangnya orang Islam tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh Al-Quran sebagaimana firman Allah Surah Lokman: Ayat 18 dan 19.

Apa yang kurang pada orang Islam bukan logik akal sebaliknya logik praktikal dan tindakan. Ia bercakap semata-mata bercakap tidak memikirkan bagaimana melaksanakannya. Malah ia cemburu, iri hati dan memarahi orang Islam yang lain yang mengemukakan idea-idea yang bernas dan logik supaya ia melakukan tindakan yang betul dan produktif. Kita telah menyentuh dengan mendalam perkembangan persoalan-persolan sosial umat Islam”.

Malik Bennabi: Krisis Intelektual Islam, Karisma Publications Sdn Bhd, 2005 (Terjemahan Zulkarnain Mohamed & Farid Mat Zain) (hal. 63 – 64)

Apakah tidak benar, apa yang diungkapkan Malik Bennabi ini?






No comments: