Sunday, November 15, 2009

Tazkirah sms seorang peminat




Seorang peminat Dinsman menghantar sms berikut:


“Diceritakan bahawa seorang ulama hebat, Sheikh Mutawalli Al Syakrawi pernah satu ketika dicari orang di sebuah masjid. Tapi tak dapat dijumpai dan akhirnya ulama tersebut rupa-rupanya sedang membasuh tandas masjid. Apabila ditanya kenapa seorang ulama besar seperti beliau membasuh tandas, lantas dijawabnya, untuk membuang sifat ujub yang ada pada dirinya serta membuang sifat rasa hebat kerana itu adalah sifat Allah. Begitu juga Sheikh Abu Hasan Ali An Nadwi, ketika beliau meninggal dunia bilangan buku beliau lebih banyak dari hartanya. Namun kita kadang kala kecewa kerana adanya ulama di negara ini yang berlumba-lumba mendekati pemerintah kerana gilakan pangkat dan harta”.

Sayang, peminat Dinsman ini tidak pula memberikan sumber rujukannya. Oh ya, khabarnya Mahatma Gandhi menenunkan pakaiannya sendiri dan memandikan kambing.

Ada satu soalan yang selalu terlintas di dalam diri ini setiap kali membaca kisah-kisah seperti ini:
Apakah kita semua (termasuk penulis blog) hanya bercakap/menulis saja? Apakah yang telah kita perbuat demi untuk membuang jauh-jauh sikap besar diri@rasa ujub? Atau apakah kita hanya sekadar bercakap? Atau menjadi penonton?




No comments: