Pak Samad, Azizi dalam “Wacana Ilmu’ pada 14 November 2009, di Perpustakaan Negeri Pulau Pinang.
“Seniman perlu bersikap, dan saya tidak perlu menafikan bahawa penulis perlu “carma” - cari makan. Sumber kehidupan ini biasanya menstabilkan kehidupan dan melandaskan arah perjuangan seseorang penulis. Dan penulis wajar mengimbangkan sikapnya antara di tengah-tengah karyanya.”
Datuk A. Samad Said, SN.
Dan apabila diminta oleh Pak Samad agar isterinya, Datin Rashidah Mohd Dahan menceritakan “Siapakah Pak Samad dari kacamatanya sebagai seorang isteri?” Rumusan jawapan yang padat oleh Datin, tidak memeranjatkan: Dunia Pak Samad adalah buku.
Tatkala menjawab persoalan “Apakah benar wujud yang namanya keikhlasan dalam berkarya?” Azizi Abdullah, antara berseloroh dan bersungguh-sungguh berpendapat, “Saya tak fikir begitu!”
Namun semasa dalam perjalanan melintasi Lebuh Raya Timur Barat untuk ke Kota Bharu, petang 14 November 2009 yang agak lembab itu, Dinsman ‘berpesan’ kepada saya untuk ‘berpesan’ kepada penulis yang kelihatannya tidak pernah penat menghasilkan novel demi novel ini, supaya membetulkan niat. (Wah, bukan bukan main! Saya ‘berpesan’ kepada Ustaz Azizi?)
“Rugi, pahala jadi kurang.” Ujar Dinsman.
No comments:
Post a Comment