Friday, December 4, 2009

Di sebalik tabir




Sekadar rekod, kita petik mel-mel elektronik yang dikongsi teman-teman semasa menjayakan sesuatu program. Inilah di antara contohnya, Dr. Irwan saudara Wong dan teman-teman yang bersama-sama dalam Budayawan Bertindak atau Paksi.


"sdr wong,

terima kasih atas keprihatinan sdr.

di sini saya sertakan teks sajak yang akan saya bacakan malam ini nanti.

sajak itu agak ambiguous... tetapi itulah ilham yang datang setelah saya memikirkannya.

jumpa malam nanti.

Sekian, terima kasih.



ANTARA PENJEJAK BULAN DAN PENJEJAK SURIA, ADA CINTA KATA


Ketika terbit mentari pagi dengan gah cahaya

tersipu bulan di tabir mata yang tersilau

tika malam menjelang tiba beradulah sang suria

mengambang bulan di kasaraya membelai rindu.

Pada suria ada tenaga yang membangun raga

pada purnama ada daya pengelus jiwa

tidak ada perang antara siang dan malam

putaran alam adalah harmoni, begitulah adanya.

Loghat purnama dan loghat suria, wahai Tuan

bentuknya adalah cahaya yang sana

izinkan kami bermandi simbahan cahaya yang kami akrabi, Tuan

jangan ada paksaan kerana jiwa dan raga nantinya dicedera.

Hidup ini memang ada siang, ada senja, ada malamnya

kita bekerja, kita berehat, beribadat, berkasih sayang

tika kita merenung bulan dan mentari yang tidak pernah bertemu

berkongsi kita lembut cahaya dari sumber yang satu.

Mari kita kembali kepada Kehendak Tuhan Rabulalami

beza kita adalah rahmat pencetus ikatan sayang.


irwan abu bakar

kuala lumpur 26.06.2009



2009/6/25 WONG CHUN NAM <wchunnam@gmail.com>

- Show quoted text -

Saudara Dr. Irwan,


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara kerana sudi membuat persembahan pada malam esok.

Saya meminta Dr. Irwan supaya menghantar rangka/outline sajak kepada saya secepat mungkin untuk membuat power point.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Wong

Setiausaha LLGCSC


s.k. Sdr Hasni, Sdr Kassim "




No comments: