Friday, December 4, 2009

Program Budaya di Utara Pada 5 dan 6 Disember 2009





Cikgu Annuar Asmadi, Ketua Satu 2PNP mengirimkan pesanan ringkas berikut: " 'Kenduri Puisi' anjuran bersama 2PNP, Jabatan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang dan Perpustakaan Negeri pada 2.30 - 5.00 petang, 5 Disember 2009, di Kampung Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Acaranya:
deklamasi dan lagu puisi, muzik asli dan jamuan. Semua dijemput. "


Sementara itu, pesanan ringkas Saudara Dinsman pula begini bunyinya: " Mengikut iklan dalam blog Nibong Tebal, Guan Eng menjadi tetamu dalam pementasan teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan', MKDT pada 6 Disember 2009 jam 9.00 malam, bertempat di Dewan Serba Guna Jawi."


Sekiranya teman-teman di sekitar Seberang Perai, di utara Perak dan selatan Kedah ingin menikmati sesuatu yang sedikit berbeza, sila lapangkan masa saudara untuk acara-acara di atas.


Sehingga ini, entah berapa kali sudah Sabri Yunus membaca hadis tentang Kaab bin Malik ini?
Sudah berapa kali, Sabri?

Sani, gesekan biolanya kali ini biarlah sesyahduu.. yang sudah-sudah.



1 comment:

NASSURY IBRAHIM said...

Saya banyak terhutang budi Sdr Drs Anuar Asmadi, sepanjang saya berkhidmat di Pulau Pinang dan menjadi ahli 2PNP. Memang beliau seorang aktivis sastera budaya. Semoga jasanya diberkati Allah jua.