Saturday, December 5, 2009




(I)


Air yang datangnya mencurah-curah dari kawasan tadahan adalah rezeki, anugerah alam kepada seluruh kehidupan. Sekiranya kita pelihara kawasan tadahannya dengan sebaik-baiknya, sumber rezeki kita tidak bakal habis sehingga ke anak cucu. Begitulah mewahnya sumber asli negara ini. Bayangkanlah hinggakan plankton di dasar laut pun dapat menikmati limpahan rezeki bumi bertuah ini...

Limpahan rezeki ini mengingatkan kita kepada sebuah autobigrafi. Ya, Barry Wain telah menulis sebuah autobiografi yang sehari dua ini, dipetik oleh sekian ramai penulis. Dean Johns misalnya yang menulis untuk Malaysiakini, menurunkan angka-angka tentang limpahan kekayaan ini:


Bumiputra Malaysia Finance (BMF) swindle: US$ 1 billion

Bank Negara Foreign Exchange fiasco: RM 20 billion

Extra BMF bailouts: US$ 600 million

Perwaja Steel bankcruptcy: US$ 800 million

Maminco tin market manupulation: US$ 500 million

Bank Islam non-performing loans scam: RM 2.2 billion

Highways concessionaire bailouts: RM 38.5 billion

Mirzan Mahathir’s MISC rescue: RM 600 million

Port Klang Free Zone scandal: RM 12 billion


Sungguh sesuatu yang sangat luar biasa. Tak ada kata-kata yang dapat melukiskan segala tragedi limpahan rezeki yang luar biasa ini. Tak ada. Tidak ada kata yang mampu menggambarkan malapetaka yang telah kita lalui sejak merdeka.


II)


Sementara Lanh dalam artikelnya “Peritnya membesar, menyekolahkan anak” dalam Siasah edisi 6 – 12 Disember 2009 menulis begini:


“Bayangkan betapa banyak wang yang perlu dibelanjakan jika tiga anak berada di universiti, tiga di sekolah menengah dan dua orang di sekolah rendah. Pendeknya ibu bapa perlu bergolok bergadai, melakukan apa saja pekerjaan halal dan mengikat perut masing-masing bagi menyediakan anak-anak agar berjaya di dunia dan akhirat.”


III)


Kalau kita belum lupa, semasa arwah Jalil Ibrahim pergi meninggalkan kita, itulah ketikanya kita ketahui heboh-hebohnya sepertimana heboh-hebohnya PKFZ sekarang ini. Itulah saatnya seorang manusia berhenti mempercayai segala dongeng tentang kegagahan. Dongeng yang sering dicanang-canangkan kepada rakyat jelata. Dongeng sebuah kegagahan.


IV)


Berapa ramaikah rakyat jelata negara ini yang dapat membayangkan erti dan maknanya, maksud dan kesannya segala angka yang dipetik di atas? Atau apakah itu hanyalah sekadar angka yang tidak memiliki walaupun secebis makna sedikit pun kepada kita? Ya, apakah benar kita, rakyat jelata negara ini hanyalah angka tanpa nyawa yang berguna dan layak pergunakan setiap lima tahun sekali ?


Alahai, alangkah nikmatnya menjadi pemimpin politik di negara ini!






No comments: