Wednesday, April 7, 2010

Tiada kata secantik bahasa...



Dikatakan oleh orang sangat besar bahawa MEB masih mengekalkan dasar affirmative tetapi dengan teras yang cukup mantap lagi berprinsip:

prinsip mesra pasaran ( market friendly ),
prinsip berdasarkan merit ( merit based ),
prinsip berdasarkan keperluan ( need based ) dan
prinsip ketelusan ( transperancy ).

Maka kita pun teringat akan lirik sebuah lagu oleh al-marhum P. Ramlie:

"Tiada kata secantik bahasa..."
"Tiada gambar secantik lukisan.."
"Nak kulukiskan perasaan..."

"OOO dinda ..."

Untuk melengkapkan idea-idea besar dalam memperkasakan kesejahteraan rakyat, elok juga jika kita pun ikut berpantun:


Rindu kanda tidaklah tertahan
Seluruh negara telah diredah
Tiada berita tiadalah khabar
Bercuti katak memanggil hujan
Pitam beruk mendengar madah
Rakyat miskin terkapar lapar




No comments: