Tuesday, September 7, 2010

Mesej bagaimana

Mesej apakah yang telah kalian sampaikan?


Apabila pemerintah berpendapat bahawa media milik pemerintahlah yang paling layak dipercayai kerana laporannya berdasarkan fakta, kepada siapakah mesejnya mahu ditujukan?


Apabila pemerintah ragu-ragu, culas dan teragak-agak menerkam perangai gurunya mencerca anak didiknya kerana mereka adalah ‘orang tidak dikehendaki negara ini’― kepada anak didik yang manakah ― tingkah itu mahu dipamerkan?


Apabila Namewee dikejarsiasat berhip-hop-dua-minit dalam bahasa yang ‘kurang diajar’ dan pemerintah pula pekak-bisu-dan-buta pada telatah dua penjawatnya ― contoh-tauladan pengalaman apakah yang seluruh dan segala Namawee telah saksikan?


Apabila Irwan bersenda gurau bahawa ‘TNB akan menyaman WWF’ dan bloger itu kini bagaikan dikejar setan, telah tercabutkah tamsil, bidalan, ‘pun’ dan April Fool dari kamus kehidupan?


Apabila penguam Abdul Razak Musa berlawak bodoh di depan hakim dan Dr Pornthip Rojanasunanad dalam ceritera Beng Hock, kepada penonton manakah absurd itu mahu dipentaskan?


Maka:


Apabila ada yang bertanya peguam jenis apa, institusi awam milik siapa, graduan dari mana, badan profesional yang bagaimana telah kita lahirkan, siapakah sebenarnya telah kita korbankan?


dan


Pabila Zunar dan Amir tidak lagi bebas berfikir karya, siapa sebenarnya pikun lagi bebal?




No comments: