Mesej: Meruntuhkan tembok penghalangnya
Orang-orang komunikasi sangat arif dalam hal-hal yang begini kerana ia adalah di antara elemen paling asas untuk menyampaikan maklumat.
Mesej yang paling bagus sekali pun - kerana mutunya, tidak bermakna jika khalayak tidak peduli 'untuk mahu' mendengarnya.
Khalayak tidak mahu mendengar kerana pelbagai sebab dan salah satu daripadanya ialah penyampainya ditanggapi sebagai musuh, orang jahat dan/atau tukang fitnah.
Bagaimanakah caranya mahu meruntuhkan tembok-tembok prasangka itu?
Tentunya para pejuang rakyat termasuk pendakwah ada jawapannya.
ii.
Itulah cabaran dan kemenangan paling berharga yang diperolehi ketika melintasi Paya Merah di Tenang, misalnya.
Apakah kita tidak sedih melihat orang-orang Melayu begitu sekali terpisah dengan realiti yang mereka hadapi di negara ini?
Bayangkan segala dan pelbagai persoalan besar yang dihadapi ummah seolah-olah tidak membawa makna apa-apa kepada mereka.
Apakah tidak ada anak-anak mereka yang telah keluar dari ke pompong yang maha gelap itu? Kalau ada apakah mereka tidak mampu menyampaikan mesejnya?
iii.
Persoalannya bukan sekadar calon Pas menang atau kalah.
Persoalannya: Kenapakah mesej, termasuk dakwah yang mahu disampaikan itu seolah-olah tidak lut?
No comments:
Post a Comment