Saturday, April 9, 2011

Kerja jahat juga perlu dirancang


INILAH CARA MEREKA MENYEBAR FITNAH 

"Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayyunlah (carilah kebenaran berita itu)".(QS. Al Hujurat : 6)

Tujuan asas

Wujudkan kesangsian terhadap seseorang yang disasarkan.  Bunuh kepercayaan awam terhadap peribadi yang diserang. Matikan sebarang kemungkinan untuk mempertahankan diri. Imej seorang yang disasar diburuk-burukkan secara berterusan.

Pendekatan

1.      Guna media semaksimanya
2.      Jayakan sasaran agar peribadi yang difitnah dihakimi lebih dahulu oleh awam sebelum siasatan atau proses undang-undang dijalankan.  Ini dipanggil Bicara Mahkamah Media.
3.      Gali sumber maklumat untuk membantu memperkuatkan fitnah
4.      Reka apa sahaja bahan yang boleh mengukuhkan fitnah

Strategi Media

o   Bentuk pasukan khas yang diketua sendiri oleh Ketua Pengarang untuk menstrategikan berita dan laporan fitnah.

o   Rancangkan bersama dengan media-media yang lain untuk saling mengukuhkan cerita fitnah dan pileh sudut-sudut yang hendak didedahkan.

o   Bersekongkol dengan pihak yang menuduh untuk merekayasa bagaimana fitnah benar-benar memcapai matlamat.

o   Bina perkembangan berita dan ikut reaksi pelbagai pihak dari masa kesemasa untuk mensensasikan berita.

o   Awasi sebarang kenyataan yang boleh menambahkan kejutan dalam pemberitaan dan teliti implikasi undang-undang.

o   Masukkan kenyataan-kenyataan yang saling bertentangan agar fitnah beraleh menjadi seolah-olah nampak benar.

o   Peragakan gambar-gambar yang dapat menambah pertanyaan awam terhadap peribadi yang diserang.

o   Atur kumpulan pendesak untuk memberi tekanan kepada peribadi yang diserang dan jadikan berita utama.

o   Perbesarkan sebarang kenyataan pihak-pihak lain serta dari tokoh-tokoh kerajaan termasuk mereka yang dikatakan sudah kenal lama dengan peribadi yang diserang untuk menguatkan fitnah. 

o   Gembleng suara dari pihak-pihak yang dikatakan dekat dengan orang yang difitnah untuk membuat kenyataan yang turut menyerang.


Sumber: laman Saf Anti Fitnah http://safantifitnah.blogspot.com


No comments: