Friday, April 8, 2011

Rakyat tak mahu melupakannya


Bahasa (yang) mereka silatkan


i.

“Jangan samakan Beng Hock dengan Sarbani!” seru seorang pendekar besar.

Betul juga tu, satunya Cina dan yang satu lagi itu Melayu
Yang satu itu stafnya Oposisi (baca:Musuh),
Yang Melayu itu pegawai kerajaan, pegawai negeri kata teman-teman saya di Jogja.

Tak apalah, janji mereka boleh bersilat
Moga-moga rakyat jelata lekas-lekas terlupa.

ii.

“Yang jelas,  videonya tulen!!”  seru seorang panglima keselamatan

Betul juga tu, videonya telah dilempar ke seluruh buana
Macam cerita-cerita masa lalu seperti Lewat I tahun 1998, lempar dulu bincang kemudian.

“Sungguh beroleh celaka kita, rakyat tak juga mau melupakannya!”


iii.

Mana duit royalti minyak Kelantan itu?
Mana duit royalti minyak Terengganu itu?
Apakah sama ehsan dan royalti?

Hoi...hoi...

Sialan, rakyat tak juga melupakan kerja-kerja Kutty dan para balacinya.


iv.

Silat bahasa ke empat:

“Ini nombor banyak gatal?  Lu ada bilikah”  demikian tanya tetamu saya tatkala memasuki kenderaan.

“Ini nombor, gatalkan?” saya inginkan pengesahan.

“Ya, selalu keluar, pusing-pusing saja.  You bili big atau small sudah okey..”

Dalam dunia ini rupa-rupanya ada juga nombor kenderaan yang cukup gatal.

Masih mendingan jika dibandingkan dengan sang perakus kuasa.  Lain pula bentuk ‘gatalnya’ ― gatal terus-terusan melahap kuasa.

Demikianlah bahasa yang selalu mereka silatkan. 

Namun rakyat tak juga mahu melupakannya.

Mereka ― yang namanya rakyat itu ― terus-terusan dan semakin gencar mendoakan supaya kamu-kamu semua cepat-cepat dinyahkan.





No comments: