Wednesday, June 1, 2011

Katanya: Pengswastaan membawa kemakmuran kepada rakyat


Elektrik murah setelah pengswastaan?


Di antara kandungan menarik keratan berita(*) 8 hari sebelum TNB diswastakan ialah:

Bahawa:

Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos, Haji Abdul Ghani Othman menyatakan kemungkinan harga elektrik turun ialah kerana pelbagai faktor kekangan yang menghalang (ketika itu NEB, National Electric Board) menjadi lebih cekap dan berkembang dapat dinyahkan, setelah NEB diswastakan.

Pengurangan atau penurunan kadar harga elektrik bukanlah satu janji namun dengan peningkatan kecekapan teknikal dan ekonomi, kita berharap kos pengeluaran elektrik dapat dikurangi.

NEB memiliki 1,400 orang jurutera...adakah syarikat lain yang memiliki sedemikian banyak jurutera?

Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos itu juga membayangkan yang TNB akan terlibat dalam bisnes yang berkaitan pengeluaran tenaga seperti pembuatan meter dan juga transformer.

Kerajaan bukanlah menjual  TNB tetapi sebenarnya memberikan peluang kepada para pekerjanya memiliki sebahagian daripada syarikat itu dengan membeli sahamnya.

Bahawa:

Pihak kerajaan telah memutus untuk memberikan tempoh dua minggu kepada para pekerja TNB menandatangani kertas-kertas opsyennya kerana “ kita telah berbincang selama sembilan bulan dengan semua pihak yang ada kaitan dengan perkara ini.”

dan akhir sekali, ialah hujah ini:

Bahawa sebelum ini NEB tidak dapat terlibat dalam pelbagai bisnes ini kerana sebagai sebuah agensi kerajaan ia terikat dengan Akta Elektrik dan Kementerian Kewangan.


ii.

Pengswastaan ialah salah satu daripada tunggak khazanah Kuttyisme yang jelas menjadi beban kepada rakyat. 

Tidakkah pengswataan dengan segala niat tersiratnya (yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat itu?) telah membunuh tatakelola pentadbiran yang baik lagi telus yang katanya sentiasa didamba-dambakan itu?

________________________________________

(*) Sila rujuk entri yang memetik keratan akhbar dari buku mukanya Khalid Samad.  Keratan akhbar 22/8/1990 iaitu 8 hari sebelum TNB diswastakan pada 1 Sept 1990. Kerajaan janji melalui Tim Menteri Tenaga, Telekomunikasi & Pos 'Electricity tariffs may be reduced following the corporatisation of NEB because 'restrictions' which prevented the body from being efficient and expanding would have removed by then...but now?



No comments: