Wednesday, July 6, 2011

Bersih 2.0 kita jayakan jua

Bersih 2.0 kita jayakan jua
Oleh: Pena Ainurjah

Ayuh rakan dan taulan!
Mari kita turun ke jalan-jalan
Menuju ke istana negara
Kerana kita punya rasa
Punya tanggungjawab
Yang harus kita jawab
Semoga di hadapan Tuhan nanti
Kita tidak akan didakwa dakwi...

Kezaliman oh kezaliman!
Tidak lagi akan boleh kita biarkan
Bermaharajalela di bumi tercinta ini
Demi kemewahan hidup rakan kroni
Kita bukan mahu menentang sesiapa
Kita bukan ingin menjatuhkan sesiapa
Kita bukan rakyat yang haprak tanpa budi bicara...

Sesungguhnya inilah rupa budi bicara kita
Setelah semua jalan berbicara tertutup semua
Sang pemerintah tidak lagi punya hati dan rasa
Untuk sejenak memikirkan nasib kita
Bahawa hidup kita kian terhimpit penuh lara...

Dengan ongkos pencen pesara dua ribu
Pun penuh jerik dan perit menunggu
Apatah lagi nasib rakyat golongan bawah
Bukan kita mengimpikan hidup mewah
Melihat mata anak isteri minta dipenuhi
Tuntutan kehidupan mereka yang hakiki
Makan, minum, pendidikan, ubat-ubatan
Di mana kan kita halakan rintihan...

Biarkan sang pemerintah melalak tak keruan
Telah nyata di mata dan benak anak watan  
Mereka bukan memperjuangkan atau mempertahkan
Undang-undang dan keselamatan negara
Mereka mempertahankan agenda politik adu domba
Siapa paling berkuasa dialah paling berharta...

Ayuh kawan-kawan!
Mari kita hentikan semua bicara
Dengan mereka bukan lagi boleh kita percaya
Kita tuntut sebuah pilihan raya dengan lapan perkara
Penuh bertanggungjwab, telus, demokratik lagi adil
Tanpa aksi penipuan dan pembohongan yang jengkel...

Ayuh rakan-rakan!
Agung adalah pengkalan terakhir kita
Kita sampaikan segala derita dan lara
Kita nyatakan pada Baginda
Kita rakyat yang cintakan
Keamanan dan kesejahteraan
Nasib anak cucu kita dan mereka
Di tangan kita, bukan di tangan mereka...

Dengan hati bersih kita menyongsong
Kita jayakan jua himpunan Bersih 2.0  


No comments: