Saturday, July 30, 2011

Kaji, jangan tak kaji!

K'jaan kaji langkah baru tangani kenaikan harga barang
Jul 30, 11 5:50pm

Kerajaan akan mengKAJI langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber: Bernama
__________________________________

1.

Kita pinjam satu dialog klasik P. Ramlie:

“Ya, Insun mata kaji...Semarang ni pun!!!” 

Jeeeenngg!!!

2.

Kata suara rasmi kerajaan itu lagi:

Beliau (TPM)  berkata antara langkah berkenaan ialah membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.

Kalau tak salah, kita pernah dimaklumkan oleh Sang Penguasa bahawa subsidi berlebihan TIDAK baik untuk kesejahteraan ekonomi negara ini.

Ada juga yang pernah berkata, negara boleh muflis kalau rakyat asyik ketagih subsisdi.

Yang mana satu hujah yang betul?  Berita yang ini atau pun berita ‘subsidi itu tak baik untuk negara ini’ itu?


Kata teman saya di Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Kedah, Jusoh Kepala Bukit, “Putar Bang, putar! Jangan tak putar.”



2 comments:

Anak Nelayan Pontian said...

Kelihatan seperti Najib dan Mahyudin putar memutar sesama sendiri...kah..kah..kah

Lan fisherman said...

dua pemimpin ni ada idea masing-masing yang kononnya dapat menyelesaikan kemelut kemiskinan di negara ini sedangkan cara yang ditunjukkan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an tidak diterima pakai why dia orang ni tak nak tunduk pada KHOLIQ