Bahasa bangsa yang mereka niagakan
Petang tadi ada pesanan ringkas seorang sahabat:
“Esok jam 10.30 pagi Kesatuan Sekerja Dawama akan mengadakan sidang akhbar di kilang Dawama (dulu DBP) di Ulu Kelang untuk menjelaskan apa yang telah berlaku pada mereka dan Dawama.”
2.
Kepada para pecinta bahasa dan sastera Melayu tanah air kita, silalah ambil perhatian. Marilah kita sama-sama ikuti penjelasan tuan empunya tubuh, apa yang telah berlaku kepada sebahagian daripada sebuah institusi bahasa dan budaya kita yang telahpun mereka swastakan itu. Untuk cerita yang lebih lanjut, silalah layari http://kakisakat.blogspot.com/ dalam entrinya berjudul “Dawama Oh Dawama...”
3.
Bukan semua dan segalanya yang dilabelkan sebagai ‘kemajuan’ itu boleh dinilai dan diukur dengan wang ringgit dan kekayaan kerana di sana masih ada elemen-elemen yang jauh lebih besar, lebih bermakna daripada wang, ringgit dan nilai saham. Salah satu daripada ialah ‘kecapaian(?) dan kemajuan’ yang dicapai oleh sesebuah khazanah bangsa seperti bahasa kebangsaan kita, bahasa Melayu.
Untuk mereka yang mahu belajar perihal suka duka, tipu muslihat, selok belok, sepak terajang dan putar dan belitnya pengswastaan kita ─ satu lagi projek tersohor yang dijuarai mantan Kutty itu ─ kes DBP ini mampu menjadi contoh yang sangat gurih.
Sesungguhnya keghairahan pemimpin yang tidak terkawal dan tidak mampu dikawal oleh sesiapa ─ kecuali nafsunya, selalunya membawa binasa. Bahasa Melayu telah dibinasakan oleh Sang Penguasa seperti ini.
No comments:
Post a Comment