Arahan dicutitanpagajikan
“Dawama telah memutuskan untuk memberikan cuti tanpa gaji kepada saudara/saudari berkuatkuasa 1 Ogos 2011 sehingga DBP meremedikan kemungkiran tersebut. Walau bagaimanapun, saudara/saudara adalah diperlukan untuk hadir bertugas sekiranya dimnta berbuat demikian di sepanjang tempoh cuti tersebut.”
Demikianlah di antara kandungan surat yang diberikan pihak pengurusan Dawama kepada para pekerjanya.
Hari ini, Isnin 1 ogos 2011, bersamaan 1 Ramadhan 1432, hari pertama puasa kira-kira 400 orang pekerja ini mendapati bahawa mereka telah dicutitanpagajikan sehingga DBP meremedikan...”
2.
Mungkin para pekerja ini bolehlah temui semula para jaguh hujah, pihak pengurusan dan kesatuan sekerja yang satu ketika dulu telah akur bahawa penswastaan itu adalah nikmat@durian runtuh yang TIDAK boleh sama sekali ditolak.
Sesungguhnya setiap sesuatu itu ─ termasuk penswastaan memiliki sosoknya yang hodoh. Saya teringat seloroh sinis seorang teman kepada kami: Bahawa pada tubuh penghibur X yang gebu-mulus itu, terdapat bahagian tertentu yang tak begitu ‘cantik’. Jadi, ujar teman ini, “Jangan sedih kalau kita tidak diswastakan. Mungkin ada hikmahnya.”
3.
Esok jam 10 pagi, di Dawama Ulu Kelang, insyallah, sekali lagi akan diadakan kenyataan akhbar berhubung musibah yang telah menimpa para pekerja Dawama ini. Marilah kita berikan sokongan kepada mereka yang telah terkorbankan ini...
No comments:
Post a Comment