Sunday, September 4, 2011

Topeng demi topeng


Apakah sejarah itu?

Kuntowijoyo, Pengantar Ilmu Sejarah, 1995 Yayasan Bentang Budaya, Yogyakarta memberikan takrif seperti berikut:

Dalam bahasa Arab syajara berarti terjadi, syajarah bererti pohon, syajarah an-nasab bererti pohon silsilsah.

Dalam bahasa Inggeris history.  Sementara bahasa Latin dan Yunani historia. Dan dari bahasa Yunani histor atau istor berarti orang pandai.

2.

Kata Kuntowijoyo,  ‘jangan terkejut jika gambaran sejarah yang diberikan tidak sesuai dengan yang diharapkan’.  Pensyarah yang memberikan kuliah sejarah, misalnya lebih menyesuaikan diri dengan harapan kawan-kawannya sendiri daripada dengan tuntutan mahasiswa baru yang masih perlukan penerangan.

Al-marhum Kuntowijoyo memberikan contoh:

Sepertimana yang kita sentiasa dimaklumkan bahawa sesungguhnya Amerika itu juara dalam menentang penjajahan.

Perhatikan bagaimana, pensyarah yang pakar dalam bidang American Studies dengan pengkhususan dalam Sejarah Hubungan Antarabangsa mengupas serangan Jepun terhadap Cina sebelum Perang Dunia II.  Ya, sikap Amerika berhubung serangan itu. 

Amerika yang juara dalam menentang penjajahan itu, ternyata berdiam diri dalam isu ini. Alasan yang dikemukakan oleh pihak Amerika ialah bahawa Jepun bukanlah bahaya yang jelas dan langsung.

Alasan lain ─ anggota tentera Jepun yang sedikit akan diserap oleh rakyat Cina yang ramai.  

3.

Apakah yang mahu disampaikan dalam kuliah tersebut?

Ya, yang mahu disampaikan ialah ‘watak diplomasi Amerika yang selalu mengutamakan kepentingan nasionalnya, meskipun dikemas dengan rhetorika menegakkan kemerdekaan.”

4.

Jika kita kembali ke rumah tangganya sejarah sendiri, kita dapat menderetkan pelbagai soalan, misalnya:

Kenapakah gerakan-gerakan yang kiri seperti KMM diharamkan?
Kenapakah sebenarnya Darurat 1948 itu diisytiharkan?
Kenapa terdapat ramai pejuang Melayu yang dalam Parti Komunis Malaya?
Kenapakah British tidak membenarkan PKM berdaftar sebagai parti politik yang sah?
Kenapakah hujah PKM itu anti Tuhan dan anti agama berjaya dalam kalangan orang-orang Melayu?
Kenapakah Umno sentiasa selamat daripada cengkaman British?
Kenapakah diwujudkan kampung-kampung baru?

Kenapa dan kenapa yang cukup panjang...

5.

Tapi, bila sampai saatnya,

Sama seperti kotoran-kotorannya terdahulu yang dicucinya dengan penuh ghairah  di laman Pudu Sentral (kepala bapak ini, apa salahnya dengan Pudu Raya yang ada itu?) akhirnya parti keris telanjang itu pun ─ tersedar.  Ya, parti dan alat-alatnya tersedar, tapi terlambat ─ topeng yang ini juga terburai.

Kenapakah begitu?  Semakin digodamnya Mat Sabu,  semakin banyak putar belit parti ini diketahui rakyat.  Semakin banyak yang diketahui rakyat, maka semakin susahlah buat Umno menutup wajahnya yang sebenar. 

Day by day, the Imposter is finding  more difficult to dig and don on the appropriate mask. 

Parti keris telanjang itu telah kehabisan topeng ─ untuk diperagakan.  





3 comments:

akbajalil said...

Jika kita kembali ke rumah tangganya sejarah sendiri, kita dapat menderetkan pelbagai soalan, misalnya:

Kenapakah gerakan-gerakan yang kiri seperti KMM diharamkan?
Kenapakah sebenarnya Darurat 1948 itu diisytiharkan?
Kenapa terdapat ramai pejuang Melayu yang dalam Parti Komunis Malaya?
Kenapakah British tidak membenarkan PKM berdaftar sebagai parti politik yang sah?
Kenapakah hujah PKM itu anti Tuhan dan anti agama berjaya dalam kalangan orang-orang Melayu?
Kenapakah Umno sentiasa selamat daripada cengkaman British?
Kenapakah diwujudkan kampung-kampung baru?

------------------------------
Bagi saya cuma satu sebab utama kenapa. Kerana penjajah British mahu terus mengekalkan cengkaman dan kekuasaannya keatas tanah jajahannya di samping menyebarkan dasar 3G - GOLD GOSPEL AND GLORY.

MARSLI N.O said...

Sdr: Saya suka membaca catatan Sdr mengenai topeng ini.

MARSLI N.O

barajiwa said...

Sdr Rumput Hijau dan Sdr Marsli, Terima kasih kerana memberikan dorongan. Jangan lupa, mohon perbetulkan mana yang kurang tepat. Dalam konteks ini, kehilangan Sdr Azizi Abdullah begitu terasa sekali. Almarhum kerap menegur saya. Sekarang ini, Dinsman dan Hasni Abas. Marilah kita buat yang termampu untuk kebaikan ummah. Wallahuaklam. Sekali lagi, terima kasih.