Sunday, September 4, 2011

Masyarakat yang diracuni putar belit

Peranan blogger dalam masyarakat kacau bilau


“Dalam masyarakat, sentiasa saja wujud mereka yang berkeinginan menyebarkan idea, mendidik dan menggerakkan masyarakat ke dunia yang mereka dambakan.  Bagi kita, sekiranya blogging itu diceburi oleh insan-insan sebegini ─ inilah kaedah yang sangat hebat dalam pendemokrasian masyarakat.”

Rustam A. Sani.

Jun-E Tan and Zawawi Ibrahim: “Blogging and Democratization in Malaysia” A New Civil Society in the Making. (hal. 76) 2008 SIRD, Petaling Jaya.

2.

Dengan suasana kacau bilau lagi brutal akibat pemalsuan, putar belit, siri-siri pembohongan dan  penggelapan maklumat oleh media yang ditambat dan dicucuk hidungnya, peranan para blogger yang masih punya maruah dan harga diri, menjadi semakin penting.

Berapa kerat lagikah blogger yang masih yakin ─ seyakin-yakinnya bahawa maruah dan harga diri itu cukup penting dalam kehidupan ini?

Kita mohon semua blogger ini berdiri. 

Tuan/puan sekalian,

Silalah berdiri, biarlah kita tatapi wajahmu tuan.  Biar kita hitung di sini, sebelum kita dihitung pada Hari Kemudian. 

Terima kasih.


3.

Ya, Tuhan, selamatlah negara kami yang tercinta ini.

Amin.