Saturday, July 2, 2011

Kenyataan bersama

Ketua Polis Negara Harus Lepaskan Aktivis Parti Sosialis Malaysia Serta-Merta!

Wednesday, 29 June 2011 11:27

32 Pertubuhan Masyarakat Sivil mengecam pihak polis yang berniat jahat ,atas tindakan merea menahan 30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia yang menyertai kempen "Udahlah Bersaralah BN" termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr Jayakumar Devaraj dan memanjangkan tempoh penahanan mereka sehingga 7 hari.

Kami mengkritik tindakan polis sebab walaupun tidak dapat menggeledah sebarang senjata di dalam bas tetapi pihak polis tetap menggunakan Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu 'mengumpulkan senjata dan berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong,Pemerintah dan Yang dipertuan Negeri' untuk menuduh 30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia tersebut, amat jelas inilah tuduhan fitnah yang dibuat oleh pihak polis untuk menyekat aktiviti politik orang ramai.

"Tangkapan dan reman polis telah menyalahi hak kebebasan bersuara yang tertakluk dalam perlembagaan Malaysia.Dengan itu, kami menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar melepaskan 30 aktivis PSM dengan segera, batalkan dakwaan terhadap mereka serta menyatakan minta maaf secara terbuka atas tangkapan haram tersebut."

Selain itu, Kami berpendapat tuduhan polis bahawa aktivis PSM cuba menghidupkan balik fahaman komunis atas sebab mereka mempunyai baju-baju yang dilukiskan gambar-gambar PKM adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal dan mentertawakan. Kebebasan berfikir dan bersuara adalah prinsip asas kepada semua negara demokrasi, penangkapan 30 orang aktivis membuktikan salahguna kuasa dan motif politik pihak polis Malaysia

Oleh itu,kami berharap kerajaan menubuhkan IPCMC dengan segera supaya masalah-masalah salahguna kuasa yang terdapat pada pasukan polis Malaysia akan dibaiki dengan sempurna.

Kenyataan bersama:

1. Civil Rights Committee, KLSCAH
2. Writers' Alliance For Media Independence, WAMI
3. Civil Society Committee, LLG
4. Suara Rakyat Malaysia, Suaram
5. Malaysia Youth and Students Democratic Movement, DEMA
6. Persatuan Siswazah Lihua KL & Selangor
7. Persatuan Prihantin Komuniti Kuala Lumpur & Selangor
8. Solidarity for Civil Rights in China
9. Gabungan Murid-Murid Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Perak
10.Perak Young Graduate Association
11.Ipoh Mini Oasis Library
12.Gerakan Mahasiswa Maju UPM
13.Student Progressive Front USM
14.Student Progressive Front New Era College
15.Student Progressive Front UUM
16.Bhg Pemuda Persatuan Alumni Sekolah Serdang Bharu
17.New Era College Alumni Association
18.Persatuan Bahasa Tiong Hua USM
19.Kesatuan Mahasiswa New Era Kolej
20.Persatuan Alumni Han Chiang Pulau Pinang
21.Persatuan Bekas Murid-Murid Han Chiang S.Prai
22.Kong Min School Old Pupils Association
23.Persatuan Kawan Karib Pulau Pinang
24.Penang Chinese Independent Schools' Education Society
25.Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall
26.Youth Section of Malacca Seong Cheong Association
27.Youth Section of Malacca Kwang Tung Association
28.Youth Section of Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
29.Youth Section of KL & Selangor Chinese Assembly Hall
30.MPSJ Zone 23 Youth Committee
31.UMANY ALUMNI
32. 528 Media Action Group


No comments: