Tuesday, July 5, 2011

Segala Institusi kita yang telahpun membusuk

Sumber: Malaysikini

Trust me, Najib tells Indian M'sians
Aidila Razak Jul 4, 11
5:30pm

The prime minister has sought the trust of the Indian Malaysian community, saying only this will provide hope for the future.

Officiating the new auditorium of the Temple of Fine Arts in Brickfields today, Najib Abdul Razak said the government has many programmes to address legacy and contemporary issues facing the community.

But pivotal to the success of the programmes will be the community's trust in the national leadership.

"We must build this hopeful mindset that has to be premised on solid trust between the leaders,” he said.

"For me to work with you towards a better future, I need your trust so that we may make this sense of hope reach the community everywhere."

____________________


Ketika menaip entri ini, jam dinding di atas kepala saya 11.12 malam ― 4 Julai 2011 dan bilangan komen pembacanya sudah mencecah 61 buah.  Komentar terakhirnya, yang ke 61 itu berbunyi begini:

Disgusted When he says trust me all the more Indians should not trust him. So far UMNO and their police have treated Indians like dogs arrested, locked up and beaten to death like dogs. See how the Police treated the PSM Indians arrested in Penang. Like dogs asking them to drink water from toilet bowl. That is Najib's promise of providing hope for the future. If you trust him and vote for BN good luck for the next 5 years of rule by them for Indians.

Pagi ini jam 6.40 pagi, 5 Julai 2011 saya teliti lagi laman Malaysiakini.  Bilangan komennya telah mencecah 84 buah, komen mutakhir dipos 42 minit itu lalu ialah begini:


kevin Mr PM, You can said or promised whatever you want but I have made up my mind. Enough is enough!

Di atas ialah adalah dua buah sampel daripada sekian banyaknya respons pembaca terhadap janji pemimpin mereka. Rata-rata, mereka memandang sinis ― malah ramai sekali yang mempermain-mainkan saja janjinya dengan kata-kata nista.  

Tidaklah sukar untuk kita memahami kenapa semua ini terjadi.  Ya, sebab utamanya tentulah kewujudan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT, Information and Communication Technology) yang betul-betul sebuah teknologi komunikasi di hujung jari. 

Tidak seperti zaman pra-ICT canggih ini, seorang manusia buana boleh saja melontarkan segala macam pandangan dan buah fikirannya tanpa terlalu banyak karenah dan halangan yang dibuat-buat seperti sebelumnya.  Ini bermakna respons yang dilontar ke alam maya itu mungkin saja  reaksi spontan yang belum sempat dicerna dan dimurnikan.  Penulisnya, mungkin kerana dorongan tanggapannya bahawa dunia di sekelilingnya sudah terlalu bobrok dan tidak dapat diselamatkan lagi, amat kecewa sekali.  Kekecewaan itulah yang bertimbun-timbun menumpuk di sekeliling kita.

Singkat kata (bukannya singkat akal), orang-orang kecewa dan putus asa di sekeliling kita, sememangnya semakin ramai jumlahnya.
  
2.0

Apakah yang dapat kita pelajari daripada komen-komen yang dilontarkan oleh sekian banyak pembaca yang umumnya masih lagi ragu-ragu untuk mendedahkan wajah sebenarnya ini? (Ya, rata-rata mereka masih bersembunyi di sebalik pelbagai nama samaran.  Apa pun ini tidaklah pula mengurangkan makna yang terpapar di sebalik komen-komen mereka.)

Apakah yang dapat kita, khususnya para politikawan kita,  dapat pelajari daripada semua perkembangan ini?   

Beberapa ketika dulu, sebuah akhbar yang sekian lama mengakar putar belitnya (tak layak digelar akhbar perdana) di negara kita pernah melaporkan bahawa kelompok orang yang paling tidak diyakini@dipercayai cakap-cakap dan janji-janjinya ialah politikawan. Ertinya sebagai profesional, orang-orang politik telah hilang kewibawaannya sebagai orang yang boleh dipercayai.

3.0

Penyakit kehilangan kewibawaan ini terus saja merebak ― dan merebak.  Tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti.  Percayalah kebobrokan wibawa ini sedang membusuk dan memusnahkan kita. 

Satu demi satu institusi kita tumbang dan membusuk.  Apakah ini bukannya petunjuk yang SANGAT jelas bahawa kita sudahpun menjadi sebuah negara yang gagal?

Apakah upaya kita?  ‘Kita’ di sini termasuklah para Sang Penguasa di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.   


nota kaki:

Dinsman,  aku tidak pernah terbayang bahawa kita akan sampai ke tahap ini.  Yang kubayangkan selama ini ― sebelum mati, aku tidak akan melihat Sasterawan Besar menjadi haprak.  Rupa-rupanya aku tersalah dalam membuat bayangan.  



2 comments:

Dinsman said...

wah, nama saya pula dipanggil ketika sdr melihat ada sasterawan besar yg jadi haprak, kenapa? biarkanlah mereka itu, kassim. yg pentingnya kita sendiri tahu apa yg mesti kita buat, dan kita buat, sebelum kita mati. pak samad adalah contoh yg sangat baik utk kita. sdr pun nampaknya ada bakat melukis macam pak samad juga. bagus! saya suka lukisan semut yg mimpi berkepala kuning dan mahu cabut kepalanya itu. sangat bagus lukisan tu. Tahniah, dan teruslah melukis seperti itu.

barajiwa said...

Terima kasih kerana memberikan semangat dan dorongan. Sekali lagi terima kasih.

Sementara itu nasib yang menimpa teman kita sdr Azizi cukup menyedihkan. Dalam pesanan ringkas Pak Samad kepada Hasni, dinyatakan bahawa kos dialisis sebulan ialah RM 2,400. Rawatannya ialah sebanyak 3 kali seminggu.

Perjuangan kita untuk seniman et al tidak pernah selesai. Bila lagi bakal diwujudkan sebuah Yayasan yang memberikan perhatian kepada mereka yang amat memerlukan? Atau orang-orang Melayu yang kaya raya itu terlalu asyik menghitung naik turun saham di bursa dan berapa banyakkah kekayaan mereka yang telah mereka timbunkan selama ini?

Demikianlah Melayu, bangsaku yang tercinta ini.