Yang free, biasanya ─ tak bernilai. Yang bermaruah menjaga kebolehpercayaan alias credibilitynya.
Ini adalah pesanan ringkas yang saling dilontarkan petang ini:
Kawan:“Slm. Utusan dan Kosmo diedar percuma di tol Sg Besi.”
Saya: “Wkslm. Saya nak msk dlm blog”
Kawan: “Mgkn sktr 10k – 15k utusan diedar, mgkn tol dipaksa beli.”
2.0
Masih ingat pengalaman kita membeli barang di kedai-kedai runcit kampung? Jawapan yang selalu kita terima daripada pekedai, biasanya pekedai Cina, ialah “Dah habis!”
Sebenarnya hati kita tidak yakin barang yang diminta itu kehabisan. Barang itu mungkin tidak ada pun dalam simpanan pekedainya. Namun jawapannya tidak pernah “Tidak ada!”
Alasan utama sikap yang sedemikian ialah untuk memastikan kedainya tidak kehilangan keyakinan, kebolehpercayaan pelanggannya. Dia tidak mahu kehilangan credibility itu.
3.0
Jika saya yang melewati tol Sungai Besi tadi, saya tidak akan terima pemberian percuma itu.
Apakah itu satu sikap amat fanatik tidak bertempat atau apakah itu sebenarnya hanyalah satu kebodohan yang nyata? Tuan bolehlah jawab sendiri.
4.0
Apa pun saya masih teringat kepada cadangan Cikgu Azmi Hamid, presiden Teras semasa kami berkumpul di depan Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011 bersejarah itu, “ Kalaulah mereka berterusan mahu menangkap rakyat, bagaimana kalau kita yang ramai-ramai serah diri untuk ditangkap? Ada ratus-ratus ribu yang volunteer serah diri untuk ditangkap, apakah yang puak-puak ni nak buat?”
Sementara itu kita bolehlah pertimbangkan untuk melaksanakan cadangan ini dalam Bersih 3.0 nanti, insyallah.
2 comments:
Serah diri kepada saya seperti bagi percuma (free) sahaja dan tiada kredibiliti. Sedangkan perjuangan BERSIH bukan sia-sia. Betul ke?
dalam perjuangan inilah kemanisan yang dicari oleh mereka yang mencari keredhaan Allah,,, li yus bitu ka au yaq tulu ka au yukh ri juk.......
Post a Comment