Saturday, July 30, 2011

Zon selamat

Masih lagi bermain di situ

Kesan yang ditinggalkan oleh program menapak Bersih 2.0 dan siri Malam dan Himpunan Waspada (vigil nights) dengan berhimpun dan membakar lilin di merata-rata tempat termasuk perkarangan Bukit Aman tidak boleh diremehkan.


2.

Sang Penguasa mulai yakin bahawa rakyat sangat serius@bersungguh-sungguh dahagakan perubahan itu.  Hanya kalangan Sang Penguasa yang masih lagi syok berpikun, berpandir-pandir dan berbebal-bebalan saja yang tetap berfikir bahawa cara lama, keadah lama, putar belit lama masih lagi berkesan. 

3.

Kaedah lama ini ─ antara lainnya termasuklah festival lakonan, pesta kepura-puraan, jom  jaguh-jagoan di depan khalayak Melayu dengan selitan mesej bahawa kami, Sang Penguasa sedia ada inilah Pelindung tulen Melayu tidak lagi dipercayai dan dipedulikan.  Para pemimpin yang masih lagi yakin dan percaya bahawa dengan memakai kaedah lama, mereka pasti akan kekal selama-lamanyanya ─ sebenarnya sedang menuju ke jurang maut.


4.

Sekarang yang tetap ketinggalan adalah mereka yang aman, nyaman dan selesa dalam zon selamatnya. 

Mereka ini termasuklah profesoreeee Melayu dan pemikir-pemikir yang muncul di kaca tv kerajaan, di celah-celah kangkangnya akhbar (sekadar menyebut beberapa golongan) tetap jua berlagak seolah-olah TIDAK ada pun yang berlaku di sekeliling mereka. 

Sebagai contoh, kita masih lagi melihat acara-acara tv yang menghentam ketidakbecusan musuh politik mereka TANPA memberikan peluang kepada yang diserang itu BERHUJAH secara berdepan.  Penerbitnya masih lagi pikun, pandir dan bebal.

5.

Mantan Sang Penguasa seperti Afifuddin Hj Omar pun berubah.  Katanya dia tidak mau lagi buah fikirannya itu tidur dalam tesis dan kertas kerja saja.  Tidak ada yang membacanya. Dia telah menulis novel.  Mungkin Sdr Ahmad Lutfi Othman dapat mengulasnya.

6.

Wahai para gergasi sastera,  bila lagi mau berubah? 

Atau kalian sudah terlalu ‘ayem dalam keenakan’  dan sememangnya tidak mau berubah,  selama-lamanya?


1 comment:

Anak Nelayan Pontian said...

Zon selamat bagi saya adalah tidak mengundi UMNO/BN semasa PRU13 nanti. Jika PR menang dan tidak bela rakyat seperti janji mereka kita turunkan pula mereka di PRU14. Begitulah seterusnya. Apa lagi hak rakyat? Samada SPR boleh dipercayai atau tidak, sebagai rakyat apa lagi pilihan kita? Lebih baik jadi pengundi atas pagar boleh juga lompat keluar atau ke dalam.
Pada saya jika tidak mengundi atau belum daftar sebagai pengundi itu sia-sia.