Friday, December 30, 2011

Penyamun Tarbus

Mimpi Penyamun Tarbus


Semalam Dia, Bapa Penyamun Tarbus itu bermimpi lagi. Mimpi-mimpi lama yang sekian mendap, berkisar, terapung lalu dikitar semula dalam cpu kePenyamunannya. Ya, tema mimpi yang cukup lama:

Sekarang ini ― yang boleh dibuat duit hanyalah tanah. Seluruh tanah negara ini ― yang diletak di bawah pelbagai agensi adalah harta karun yang tak boleh ditinggalkan kepada orang lain apatah lagi musuh politik kita. Kita mesti perabeh dulu. Kita perabeh sebelum orang lain masuk dan ambil alih kuasa.

Yang menjadi masalah terbesar ialah bagaimana dapat berbohong dengan lebih meyakinkan bahawa sesungguhnya semua proses ‘transfer-kasi’ ini hanyalah demi rakyat jua?

No comments: