Monday, January 2, 2012

Anca Dayanti karya Amni Jagat




“Anca Dayanti” oleh Amni Jagat dari kaca mata seorang pembaca remaja.


Siti Nadhirah memberikan secebis kertas dengan nota berikut:


“Secara keseluruhannya sebuah novel yang menarik kerana sarat dengan mesej-mesej ketuhanan dan disulami pula dengan bunga-bunga bahasa yang indah lagi puitis.

Ia adalah kisah percintaan dua insan berlandaskan kecintaan yang agung pada Sang Pencipta.

Apa pun pengarang berjaya menyusun plot cerita yang membuat pembacaan diteruskan sehingga ke akhirnya agar watak ‘wanita misteri’ di hospital dapat dirungkai.

Namun penghayatan saya acapkali terganggu dengan penggunaan dialog bahasa Inggeris yang terasa agak ‘dipaksa-paksakan’ dan kurang ‘natural’.

Walau bagaimanapun tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya mengangkat tema cinta yang agung kepada Yang Maha Pencipta berbanding lambakan karya roman picisan di luar sana.”


2.

PAKSI, Seniman Paksi Rakyat sentiasa saja berusaha supaya anak-anak muda berkarya, bergerak dan bertindak di tengah-tengah masyarakat. Paksi sentiasa berusaha supaya dalam masyarakat bakal lahir seniman-aktivis yang mapan.

Paksi yakin era ‘saja-saja berkarya’ telah lama berlalu. Seniman dan budayawan mestilah turun di tengah-tangah lapangan untuk bersama-sama rakyat.

Anak muda Amni Jagat ialah salah seorang daripada anak muda tersebut.

Tahniah anak muda, tahniah!

1 comment:

Amni Jagat said...

Terima kasih atas saranan tersebut. Boleh diperbetulkan...