Wednesday, April 25, 2012

Bagi mereka


kita ini - semuanya lembu


di laman digital pagi ini,  ada fatwa ‘orang-orang’ yang kerjanya menjaga kantung anak-anak bangsa kita bersekolah:  bahawa teras segala kemelut-masalah negara ini ialah:

“It's all because someone wants to be PM”

bagi ‘orang-orang’ seumpama dan sekelas dengannya, yang bijaknya hanya menghalau cak dan pipit di sawah,  seluruh kehidupan kita pasaknya adalah “ada seseorang yang mahu jadi PM”

rupa-rupanya ada rumus terpahat di puncak menara yang kembar:

ptptn:  hanyalah masalah besar pabila ‘Ada orang mahu jadi PM’
skandal lembu disiforkan kerana ‘Ada yang mau jadi PM’
teoh beng hock diletup-meletup citranya kerana ‘Ada orang mahu jadi PM’
kapal yang tidak selam, kini heboh di Paris dek angkara ‘Ada yang mahu jadi PM’
altantuya tidak pernah bersemadi aman kerana ‘Ada yang mahu jadi PM’
felda hanya berantakan setelah “Ada yang mahu jadi PM’
bersih 3.0 itu gara-gara ‘Ada yang mahu jadi PM’

benarlah,
bagi mereka,
kita semua
sekadar lembu-lembu
1 malaysia.

ah, betapa ...



No comments: