Sunday, April 22, 2012

Belajar dan contohilah rakyat Uttar Pradesh

Sumber: http://information.up.nic.in/View_engnews.aspx?id=2

Press Information Bureau
(C.M. Information Campus)
Information and Public Relations Department, U.P.

Lucknow: March 15, 2012

Enumerating the priorities of his government, the newly appointed chief
minister of Uttar Pradesh Mr. Akhilesh Yadav said that his government would
fully implement the promises made in the manifesto of Samajwadi Party. He
asserted that his government would make all out efforts to take Uttar Pradesh on
the road of development and prosperity. The dispensation of ‘Janata Darbar’
would be restored soon, he added.

On the issue of giving laptops and tablets to the students, unemployment allowance to
the unemployed and facilities to farmers, he assured that a decision would soon
be taken after deliberations in this regard. He said when thousands of crores
could be raised for parks and memorials, then there would be no problem in
arranging funds for development schemes.

2.

Di atas ialah petikan bahagian-bahagian tertentu kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Uttar Pradesh yang baru, iaitu Mr. Akhilesh Yadav  seorang muda yang bukannya dari kelompok bangsawan.  Partinya  Samajwadi Party telah mengambilalih tampuk pemerintahan Uttar Pradesh sebuah negeri penting di benua kecil India.

Uttra Pradesh,  sebuah Negeri yang sekian lama dicengkam oleh ‘UMNO’nya itu, akhirnya telah tumbang.  Pemerintahan bangsawan yang lupakan rakyat itu tumbang kerana rakyat telah membuat keputusan sedemikian.  Rakyat Uttra Pradesh berjaya menukar kerajaan mereka kerana di sana tak ada warga negara mi segara, tak ada hantu jembalang yang mengundi dalam pilihan raya.  Mereka berjaya berbuat demikian kerana pilihan raya mereka BERSIH.  

Silalah lawati dan teliti berita ini dengan memasuki sesawang yang berkaitan.  Silalah jadikan ini contoh tauladan untuk kita di sini. Bacalah transformasi yang telah dilakukan oleh  rakyat Uttar Pradesh itu.  Dan inilah di antara tajuk yang telah dikupas dengan panjang lebar oleh SN, pemimpin rakyat marhaen Pak Samad semasa kami bersamanya di sekitar Petasih, Jelebu, Negeri Sembilan semalam.    

Terima kasih Paksi, Seniman Paksi Rakyat kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat di sana semalam.  Terima kasih,  Alinor dan Nazri dan yang lain-lain kerana membantu membawa suara sasterawan dan budayawan ke tengah-tengah masyarakat.

3.

AYUH, BERSIHKAN NEGARA KITA.  28 APRIL, 2012 DATARAN MERDEKA

No comments: